TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, April 7, 2017

WARGA FELDA JOHOR DIAJAK MENYOTONG

Rafizi??? ...Rafizi dan Pakatan Harapannya mengadakan Konvensyen Warga Felda di Johor. Apa agenda puak-puak ni? Nak ajak warga Felda menyotong?


Boleh ke warga Felda berharap dengan puak-puak ni! Apa yang warga Felda yang hampir kesemuanya beragama Islam boleh berharap dengan puak Pakatan Harapan ini yang meracau macam orang gila bila RUU355 dibentangkan di Parlimen?

Puak ni, bukan kata nak ikut, dengar pun tak boleh segala kata-katanya, lebih-lebih lagi si Rafizi. Nilai sahaja segala kata-katanya dahulu dan hari ini. Boleh tengok kat TV3 yang rajin memainkan semula video lama Rafizi. Segala cakapnya memang tak boleh pakai.

Perjuangan mensejahterakan warga Felda dah lama dibuat oleh UMNO dan kerajaan BN. Masa warga Felda susah dulu, masa nak masuk Felda kena hadap jalan tanah merah yang becak, takde satupun parti politik yang sudi masuk Felda selain UMNO dan BN. Maka sekarang ni puak-puak Pakatan Harapan ni mahu memperjuangkan apa?


Apakah ini yang mahu mereka perjuangkan? Atau ada desakan dari kaum tertentu untuk mendapat bahagian yang sama rata dengan Melayu dalam mendapat manfaat dari Felda?

Harapnya tak adalah warga Felda yang terpedaya dengan puak Pakatan Harapan ini. Jangan sampai aniaya diri sendiri. Bersyukurlah dengan segala yang ada pada hati ini. Dalam kehidupan, kengkadang kurang, kengkadang lebih memang sudah menjadi adat. Jangan kerana guruh Pakatan Harapan, air di tempayan yang diberi oleh orang BN dibuang. Takut nanti kehausan pulak sebelum mendapat air yang baru.

Cuma ingat.... kalau RUU355 pun puak ni tentang.... (sendiri buat le konklusi)


1 comment:

Anonymous said...

Dia bergurau je tu nak tolong warga felda..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI