TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, April 9, 2017

WARGA FELDA TOLAK CAMPURTANGAN DAP DAN PEMBANGKANG

Ekoran dari tindakan DAP dan sekutu pembangkangnya mengadakan Konvensyen Warga Felda di Kluang semalam, warga Felda telah bangkit dan beramai-ramai mengadakan bantahan di luar kawasan berlangsungnya konvensyen tersebut untuk menolak sebarang campurtangan daripada DAP dan juga pembangkang.


Ayat paling pedih yang ditujukan kepada DAP ialah "Dimana DAP semasa kami dalam kesusahan. DAP hadir ketika Felda sudah berjaya".

Walau apapun ribut yang sedang melanda Felda ketika ini, ternyata warga Felda masih tahu dan menghargai segala bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh kerajaan BN ketika mereka dalam kesusahan dan diberikan peluang untuk meningkatkan taraf hidup dengan dipilih memasuki Felda.

Melalui Feldalah, mereka mampu memiliki harta dan menikmati taraf hidup yang lebih baik kerana Felda bukanlah sebuah syarikat kapitalis yang memerah keringat mereka tetapi ianya adalah agensi kerajaan BN yang diwujudkan semata-mata dengan niat untuk membantu.

Kalaulah Felda ditubuhkan hanya untuk memberi mereka tempat untuk mencari pekerjaan, taraf hidup peneroka Felda pada hari ini tidak akan lebih baik dari pekerja ladang dan tidak ramai yang akan mampu memiliki harta. 

Penolakan warga Felda terhadap DAP dan pembangkang yang cuba menjadi hero ketika Felda sudah mengecapi segala kejayaan dan dilimpahi dengan segala kemudahan sangat jelas. Bukan sahaja bantahan di luar bilik konvensyen, malah banner menolak kehadiran DAP dan pembangkang berkonvensyen juga kelihatan di jalan-jalan utama memasuki bandar Kluang.


Sedikit temuramah yang sempat dirakam, harap dapat dihadami oleh DAP dan pembangkang dan tak perlulah lagi untuk membuang masa dan tenaga untuk cuba menjadi hero kerana hero Felda masih bernyawa untuk digantikan.

Akhirnya, jelas bahawa warga Felda tahu bahawa DAP dan pembangkang hanya mahu menangguk kesenangan yang sedang dinikmati oleh mereka dan cuba menggugat keharmonian yang telah sekian lama terjalin antara warga Felda dan kerajaan BN.

Moga warga Felda tidak akan lupa, bahawa ketika mereka susah dan daif dahulu, bayang DAP dan pembangkang tidak pernah jejak di mana-mana bumi Felda.




4 comments:

Anonymous said...

Balaci. Unmo. Makan tail. Umno

Anonymous said...

tudia..ramainye..2.6b org peneroka hadir kemukakan bantahan untuk pertahankan penyamun..

Anonymous said...

Macam-macam masalah timbul bila penjenayah jadi pemimpin. Penjenayah berskala besar pulak tu.

Anonymous said...

Myanmar devotees say about the committee members of SAMNAK SAMBODHI (YIP KUM FOOK as president) are very stupid and have no Buddhist teachings at all, because they do not know how to manage the Temple

The temple committee is waiting for donations from the devotees only, they don't know anything, the Myanmar devotees also said and were very sad when it happened like in a Buddhist temple, added that we monks lived there like cows because last time we were a monk (VEN. U NANDIYA) living there, the president YIP KUM FOOK took his donation of about RM20,000.00

Myanmar devotees said about the committees in front of our monks, looked like a kind person and they were some very good committees but behind the ghost idea, we monks were very scared but we monks came to Malaysia for training only, our monks don’t care what the committees did.

We are Malaysians and we know about YIP KUM FOOK well because this YIP KUM FOOK is a big ghost in Malaysia, this YIP KUM FOOK can do everything to get money, he is not shy and does not listen to people’s gossip, but one day he will taste what he ate

If anyone likes to know and understand about YIP KUM FOOK, please go research on GOOGLE, thank you very much

Sharing by Ong, Kuala Lumpur

ARTIKEL HANGAT BULAN INI