Membaca keluhan pelajar di atas di FBnya, aku dapat rasakan betapa kecewanya dia. Kebetulan sewaktu ibunya merayu tempat untuknya terus belajar di sekolah lamanya, aku juga berada di situ kerana menguruskan pertukaran sekolah anak-anak aku dari sekolah rancangan khas, untuk ke sekolah harian biasa.
"Pencapaian kokurikulum tak boleh tolong." begitulah jawapan dari pihak sekolah bila si ibu meminta pertimbangan akan pencapaian anaknya yang dua tahun berturut-turut mewakili sekolah dalam pertandingan kawad kaki hingga membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan. Dua tahun pelajar tersebut iaitu pada tahun 2011 dan 2012 (tahun dia mengambil PMR) berpanas, berlatih hingga memungkinkan sekolahnya muncul sebagai juara kawad kaki peringkat Negeri Johor.
Ketika kawan-kawan lain mengambil peluang mengulangkaji pelajaran pada waktu petang dan malam, pelajar ini bertungkus lumus pula men"cantik"kan pergerakan kawad kakinya. Sayang...walaupun ketika aku ke PPD Kulai pada tengahari untuk melangsaikan urusan pertukaran sekolah anak, piala kemenangan kawad kaki terpamer megah di rak pameran penyambut tetamu. Sekolah dan PPD megah dengan piala yang diperolehi.
Aku difahamkan, bukan pelajar ini seorang sahaja yang mengalami kesedihan kerana ramai lagi peserta kawad kaki sekolah itu adalah calon PMR 2012 yang turut mencatatkan keputusan yang kurang membanggakan.
Ingatlah bapa-bapa. Itu baru nak kekal di sekolah terpilih. Bagaimana pula untuk masuk ke IPT, untuk memohon pekerjaan. Betulkah sebagaimana yang dilaungkan oleh Kementerian Pelajaran bahawa kokurikulum akan diambil kira? Akhirnya apa yang tertulis di sijil peperiksaan juga yang dinilai.
1 comment:
Tukang pilih tu iaitu komputer tidak disuruh memilih koko sebagai kredit tambahan untuk pemilihan ke SBP jadi, cakap tak serupa bikin, apa nak buat semua pegawai2 tu macam robot pakai bateri.
Post a Comment