![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiujybFBEfglerG0JXbThL-MgNb_79QI29PUHc7tMMs7cxegahddnPSOYV4pbqb3Bcwg7QjMqWNwn-InZGnOtbJtnc0NixNVWsXhqGoSdgupY5uRt6oZitSb4smLBUoNIKHJnNzaLKVemCA/s1600/150px-People's_Progressive_Party_(Malaysia)_logo.png)
Ini semua penyakit ahli politik, yang berparti hanya untuk jadi YB. Pada PRU 13 nanti, tiada persempadanan semula kawasan. Maka untuk dapat kerusi lebih tu, PPP nak mintak kerusi siapa? MCA, MIC, Gerakan atau UMNO?
Patutnya kalau dah kalah dengan majoriti yang agak banyak semasa PRU 12 yang lalu, lepaskan kerusi yang ada untuk dicuba pula oleh komponen BN yang lain, bukannya mintak tambah kerusi. Apapun aku harap UMNO tak terperangkap dengan permintaan kerusi yang bukan-bukan dari rakan-rakan dalam BN. Dah terlalu banyak kerusi popular UMNO yang terlepas dek kerana mahu menjaga hati bangsa lain, walhal para pejuang dan ahli UMNO hanya menangis dalam hati. Nak pilih parti lain selain UMNO, belum ada yang setanding, terpaksa le terima walaupun ditelan pahit tapi nak buang belum boleh!
INGAT....bukan tak boleh buang, tapi belum boleh!
No comments:
Post a Comment