TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, March 23, 2013

MANA JUI MENG?

   
Ke mana Jui Meng menghilangkan diri? Kalau menurut Pengarah Pilihan Raya PKR Johor Steven Choong, Jui Meng sekarang ini sememangnya tidak mengikuti sebarang aktiviti ceramah umum yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat.

Mungkinkah Jui Meng sedang mengumpul pengikutnya untuk memberi tekanan kepada Anwar dan Kit Siang?

Sebagai jantan, aku rasa Jui Meng wajib melakukan sesuatu untuk mengajar Anwar dan Kit Siang yang telah memperlekehkannya. Apakah Nuar tak pernah nampak banner yang dinaikkan suatu ketika dulu yang menyokong penuh Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor dan calon MB?

Macam ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat sekarang ini. Dan Nuar pulak mengapa sekarang ni sibuk bebeno datang ke Johor? Kalau dah gila sangat nak bertanding di Johor ni, aku pelawa Nuar Berahim agar bertanding di Tenggara ni, majoriti Melayu. kita tengok samada orang Melayu sokong atau tidak? ...ada braniii??? 


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI