TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, May 24, 2013

CIKGU KALAU NAK BELAJAR GUNTING MASUK IKM

    
Aku puji cara cikgu dalam gambar di atas mendisiplinkan muridnya yang rambut terlebih panjang. Rambut digunting pada paras yang diterima pihak sekolah. Menggunting sebagai penanda aras yang disiplin sekolah boleh terima. Ini namanya guru berhemah, tahu menghormati perasan murid.

Berbeza dengan apa yang berlaku ketika hari akhir persekolahan di Sekolah Menengah Sultan Alaudin, Felda Bukit Besar, Kulai semalam. Kepala budak seolah-olah dijadikan tempat melepaskan geram oleh seorang guru. Bayangkan, bagaimana gelojohnya guru tersebut apabila menyodok rambut budak dengan mesin dan apabila balik ke rumah, walaupun menggunakan tapak no 2, masih tak dapat diratakan, rambut masih bertokak. Seronok agaknya perasaan guru tersebut bila murid terpaksa membotakkan rambut dalam cuti sekolah ini?

Guru kena ingat. Murid juga ada perasaan. Bukan tak boleh mendisiplinkan murid. Kalau rambut murid digunting "tanda" sebagaimana yang dilakukan oleh guru di atas, alangkah berhemahnya! Budak juga tahu malu, ada perasaan. Lebih-lebih lagi apabila rambut ditokak (bukan digunting) untuk menghadapi waktu cuti persekolahan. Peliknya ketika hari persekolahan, ada murid yang rambutnya lebih panjang dari apa yang berlaku semalam, tak pulak ditokak.

Dalam cuti ini, ada yang ingin meraikan perkahwinan saudara mara, ada yang ingin berziarah, ada yang mungkin ingin mengikut ibubapa berjalan-jalan. Pernahkah guru tersebut menyelami perasaan murid yang terpaksa menghadapi hari-hari tersebut dengan rambut yang macam digigit tikus? Mana akal cikgu?

Tak bolehkah setakat di"tanda" dengan gunting sebagaimana yang dilakukan oleh guru di atas? Atau amaran agar apabila kembali ke sekolah selepas cuti nanti dengan rambut yang bergunting kemas! Itu tanda hemah, tanda tahu hormat menghormati. Bukannya memalukan murid untuk melalui hari-hari cutinya yang sepatutnya berjumpa saudara-mara dengan perasaan yang riang bukannya memendam rasa rendah diri terhukum dengan rambut bertokak-tokak hingga nampak kulit kepala.

***Patut le bebudak ni bila habis persekolahan, seolah-olah "merdeka" dan bila dapat masuk U jadi generasi "kepala angin". Remaja dilayan seperti kanak-kanak.


8 comments:

Anonymous said...

dulu zaman aku sekolah bapak aku siap sediakn rotan bg kt cikgu lg!siap pesan asl jgn buta patah bedarah.didik dn ajarla anak kami pelajaran yg sempurna.zaman la mana ada mak bapk bk buat mcm tu?dkata kejam,zalim lg ada.pdhal tu semua hnya psikologi saja..guru2 nk mendidik,mengajar pun mudh.sbb mak bapak dh bg green light!.skrg kalau hukum .silap2 cikgu yg kene saman.mana x mua,mengada2 bdk4 skrng!

Anonymous said...

Yang aku tengok, bebudak zaman sekarang, cukup berani. Mana tak nya, apa apapun, pasti ada backup. Walau salah depa, cikgu jugak yang salah ..... Kalau zaman aku dulu, tok sah la nak komplen cikgu kat rumah kalau kena denda kat sekolah. Emak ayah tanya berapa kali cikgu bagi, lepas tu emak/ayah bagi "bonus" sama banyak yang cikgu bagi kat sekolah. Sampai hari ini, aku tak pun dendam kat cikgu tu, masih lagi respek dan hargai jasa cikgu.
Dan aku sendiri pun jadi cikgu.

Anonymous said...

Salah siapa rambut dah bertokak tu.. Aku percaya kebiasaanya pelajar tersebut sudah membuat kesalahan berkali-kali dan diberi amaran berkali-kali tetapi masih menunjukkan kedegilan demi kedegilan. Guru sekarang menghadapi tugas mencabar kerana tidak dihormati sepenuhnya.

Anonymous said...

Setuju dgn anon 9.16.. Sudah pasti amaran dah diberi.. Namun ada segelintir yang degil dan cuba mencabar peraturan dan undang2 sekolah.. Kesudahannnya terimalah akibat.. Rambut boleh tumbuh semula.. X payah nak dibesarkan isu.. Ada isu yang lebih penting lg yang perlu di paparkan dalam blog ni..

Anonymous said...

Kalau rase nak rambut panjang masuk sekolah swasta la wei.. Aku rase penulis tu pun kena potng rambut dek cikgu masa sekolah dulu.. Tu dendam kesumat x habis

Anonymous said...

aku pernah kena macam ni, mana ada amaran dia panggil ikut pergi bilik guru, sampai sana terus kena gunting, nasib baik member kat kelas tolong gunting bagi ok...

Anonymous said...

Cikgu disiplin sekolah aku dulu pun tak main gunting gunting ni, die ketam terus, nasib la, salah sendiri. Lepas tu jadi alim sekejap la, pakai songkok.

Anonymous said...

SENANG CERITA MAK BAPAK KAT RUMAH TENGOK-TENGOKLAH RAMBUT ANAK-ANAK.. JANGAN DAH KENA GUNTING PERCUMA OLEH GURU DI SEKOLAH NAK MELENTING...

KALAU DAH NAMPAK RAMBUT ANAK-ANAK PANJANG HANTARLAH GUNTING WALAUPUN ANAK-ANAK YG BERSEKOLAH MENENGAH. JANGAN HANYA BERIKAN DUIT SURUH PERGI GUNTING RAMBUT SENDIRI....

AKIBATNYA DAPATLAH GUNTING RAMBUT PERCUMA KAT SEKOLAH OLEH GURU....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI