TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, May 5, 2013

MANA YANG TAK BERTANDA JARI TU, JANGAN BISING!

        
Tepat jam 5.00 petang tadi, semua pusat pengundian untuk PRU13 telahpun ditutup. Tamatlah proses demokrasi untuk memilih siapa yang bakal memimpin dan mentadbir negara selepas ini. Insyaallah, mungkin sebelum tengah malam nanti, akan diketahuilah, siapa yang menang dan siapa yang kalah serta parti mana yang bakal menghuni Putrajaya dan lain-lain pusat pentadbiran negeri.

Siapa yang menang itu sebenarnya telah dipilih oleh mereka-mereka yang dah bertanda jarinya dengan dakwat kekal. Maka, ini adalah keputusan yang telah dibuat oleh para pengundi yang telah merelakan hujung jari mereka untuk berwarna untuk beberapa hari. Oleh itu, apa jua keputusan yang bakal keluar nanti, terimalah dengan redha. Kembali berganding bahu untuk memajukan negara serta mengekal keamanan yang ada. Jangan ikut dah apa cakap-cakap politik orang yang kalah.

Dan biasanya, kalau dilihat dari yang lepas-lepas, mereka yang bising-bising ni adalah dari kalangan yang belum boleh mengundi atau tak pernah mendaftar jadi pengundipun. Maka, dengan keputusan yang bakal keluar nanti, mana-mana yang jarinya bersih tanpa apa-apa bekas dakwat kekal kerana mengundi, TUTUP MULUT! jangan nak jadi penyibuk. Kamu tiada hak untuk bercakap soal PRU13. Tapi kalau yang bercakap tu anda nampak ada tanda-tanda dakwat kekal sebagai bukti mengundi yang ter"over", jangan pulak anda gelakkan sebagimana gambar di bawah ini.
   
    
Ni kawan aku... degil. Orang cakap jangan korek hidung, dia korek juga. Hahahaa... nasib le ko, seminggu berbelang!


1 comment:

Anonymous said...

Sekarang 5:51 ptg... pusat mengundi dah tutup. Aku susuri satu-satu laman blog pro-BN. Nadanya optumis dan yakin kemenangan milik kita.
Walaupun bukan media rasmi, mustahil mereka menulis tanpa asas-asal sumber maklumat yang benar atau boleh dipercayai... mode kemenang sedang dirasai..
Terima kasih buat semua pejuang maya pro-BN. Sejarah akan merekodkan, kalianlah antara faktor yang membantu kemenangan ini nanti. Insya-Allah.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI