TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, August 30, 2013

HISHAM BERI "NASIHAT" BUKAN AMARAN TAU!!!

Membaca laporan MalaysiaKini, tetiba aje aku tergelak. Bio bebeno si Hisham ni? Dia bagi nasihat beb, bukannya amaran. Tapi tak tau le samada nasihat tu sesuai atau tidak.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin bertanding dalam pemilihan parti kali ini supaya tidak terlalu ghairah mengejar jawatan dan mengukur kemampuan mereka. Menurutnya lagi "Sesiapa nak bertanding silakan. Tetapi jangan kerana ghairah nak kejar jawatan dalam parti, (sehingga) parti kita tidak dihormati oleh orang". Mungkin Hisham dah ukur kemampuannya sendiri agaknya.
     
    
Hahaha...tu nasihat dia untuk orang yang kononnya nak kejar jawatan. Tapi aku nak tanya juga Hisham, bagaimana nasihat dia untuk orang yang nak kekalkan jawatan. Mana-mana pemimpin yang sibuk nak kekalkan jawatan dan takut orang lain naik tu, dah ukur ke kemampuan diri? Kalau masih nak kekal tu, yakin ke orang masih suka dan orang masih terima. Jangan nanti sebab syok sendiri kerana ingat telur mereka cukup besar, bila kalah nak menyalahkan orang lain kononnya mereka kalah kerana orang lain gila kejar jawatan, walhal awak tu orang dah tak suka.

Oleh kerana Hisham dah bagi nasihat dan bukannya amaran, aku nak juga selaku ahli biasa UMNO bagi nasihat kepada para pemimpin iaitu "jangan kerana ghairah nak kekalkan jawatan dalam parti, sehingga parti kita digelakkan oleh orang seolah-olah macam kita dah ketandusan pemimpin yang hebat".


2 comments:

Quantum Metal Consultant said...

saya tidak teragak-agak untuk tidak mengekalkan jawatan najib presiden bila2 masa tetapi saya takut Dan sangat bimbang Ramai ahli umno yg kecewa dng keputusan saya Dan mereka mungkin berbondong-bondong berombongan berbas-bas berlori-lori datang ke rumah memujuk saya.

Oleh kerana pertahanan negara juga memerlukan saya adalah wajar dng rasa rendah diri Dan insaf Demi melayu untuk saya terus kekal sebagai najib president dng undi terbanyak.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI