Patutkah UMNO Johor hanya berharap dengan meletakkan DS Hishammuddin sebagai ayam sabungnya untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO semasa PAU nanti?
Kalaupun perwakilan Johor masih boleh diberi "amaran" agar mengundi satu-satunya wakil Johor untuk calun Naib Presiden, apakah "amaran" tersebut cukup bengis untuk mempengaruhi perwakilan dari negeri lain?
Kalau didengar dari suara-suara "orang bawah" UMNO Johor, merekapun malu nak bagi undi mereka kepada Hisham. Kalau dah undi orang Johor sendiri sudah tidak solid untuknya, nampaknya dengan meletakkan Hisham sebagai satu-satunya calun Johor untuk menduduki kerusi Naib Presiden pasti akan menyebabkan UMNO Johor berputih mata -kalah mudah!
Eloklah UMNO Johor tengok-tengok lain-lain calun berkelayakan dan ada potensi untuk memberi saingan kepada calun negeri lain untuk merebut jawatan Naib Presiden itu. Kalau dah tak ada calun lelaki yang boleh diketengahkan, cuba pulak calun wanita. Apa kata kalau bagi Tok Limah Sadique mencuba? Dia memang punya cita-cita yang tinggi dan kalau setakat nak tunggu PAU yang 3 tahun akan datang, orang UMNO masih lagi boleh memanggil Tok Limah dengan gelaran Tok Limah Lawa!!!
No comments:
Post a Comment