TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, October 17, 2013

TENGGARA -PILIHLAH YANG TERBAIK

Sejak aku mengenali politik UMNO Tenggara, aku rasa kali inilah Tenggara ditawarkan untuk memilih seorang Ketua Bahagian yang paling hebat jika terpilih.
         
          
Datuk Dr Adham Bin Baba, bekas seorang doktor perubatan yang kini sepenuh masa aktif dengan politik. Penuh dengan pengalaman. Meniti hierarki politik dari bawah, berperingkat, melalui perjuangan dan kepercayaan ahli-ahli UMNO. Pernah menjadi AJK Pemuda, pernah menjadi Ketua Pemuda, pernah menjadi EXCO Pemuda Malaysia, pernah menjadi Ketua Cawangan dan pernah juga menjadi Timbalan Ketua Bahagian. Malah banyak lagi jawatan dalam biro-biro UMNO yang diberi kepercayaan kepada beliau.

Kini beliau menawarkan diri sebagai Ketua Bahagian Tenggara tanpa jalan pintas setelah Ketua Bahagian sekarang, Dato' Hj Baderi mengundurkan diri. Setelah puas meniti mata-mata tangga UMNO, beliau tidak mudah untuk menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian kerana terpaksa bertanding.

Walaupun pertandingan itu sihat, aku tidaklah mahu melihat masyarakat luar mentertawakan kebijaksanaan orang Tenggara menggunakan hak mengundi jika mereka tidak memilih Datuk Dr Adham. Mengapa tidak?

Rekod cemerlang beliau yang pernah menjawat jawatan Setiausaha Politik Kementerian Pengajian Tinggi semasa menjadi ahli parlimen Tenggara tidak pernah dilupakan oleh pucuk pimpinan parti. Dek kerana kecemerlangan tersebutlah, beliau telah dipilih sebagai pengerusi UniKL. Cemerlang khidmatnya di UniKL, beliau dilantik sebagai Pro Chancellor!!! Terkini dilantik pula sebagai salah seorang pengarah dalam Yayasan Pelajaran Johor.

Kecemerlangan beliau turut beliau zahirkan dalam perniagaan yang dijalankan apabila kini beliau memiliki serangkaian klinik perubatan yang diberi nama Klinik Adham - hampir 20 kesemuanya.

Kecemerlangan khidmat beliau di Tenggara tak perlu lagi dicanang kerana budak kecilpun mengenali beliau kerana ketinggian budi dan keprihatinannya. Soal pendidikan, ekonomi dan kesihatan para pengundinya sangat-sangat beliau ambil berat dan sedaya upaya cuba membantu.

Sepatutnya Tenggara berbangga dan memilih Datuk Dr Adham selaku Ketua Bahagian dan mana-mana yang berasa tidak mahu mengundi beliau, cuba fikirkan; apakah lawan Datuk Dr Adham itu sekiranya terpilih sebagai Ketua Bahagian akan mampu dan layak untuk menambat hati kepimpinan pusat untuk dilantik dengan jawatan-jawatan tinggi di atas yang mampu membawa kebanggaan untuk Tenggara? Fikirkan.... dan mengundilah dengan akal fikiran yang waras demi anak bangsa, agama dan negara yang bakal kita wariskan nanti.


1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

kecemerlangan UMNO berasaskan teamwork, perkongsian kuasa dan tugas dan bukannya onemanshow, superman atau dibebani dng pelbagai jawatan, tanggungjawab dan tugas.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI