TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, April 12, 2018

MATA DAJJAL DITOLAK DI AYER HITAM

Pengerusi DAP Johor, Chin Tong mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan undi Melayu di kerusi Parlimen Ayer Hitam, bukan sahaja undi Melayu dari pengundi atas pagar, bahkan juga undi dari pengundi tegar penyokong Pakatan Harapan.

Tinjauan di sekitar pekan Ayer Hitam jelas menunjukkan bahawa para penyokong DAP di Ayer Hitam sibuk menaikkan bendera DAP dan tidak terdapat bendera PKR yang telah mereka persetujui sebagai satu-satunya lambang untuk digunakan dalam PRU 14 nanti. DAP tetap sombong dan bongkak dengan roket mereka.


Mungkin menyedari penolakan penyokong DAP terhadap bendera mata dajjal itu, penyokong AMANAH tidak mahu ketinggalan. Mereka membalas tindakan DAP dengan menaikkan pula bendera AMANAH dicelah-celah bendera DAP

Kini Parlimen Ayer Hitam bukan lagi medan pertarungan antara BARISAN NASIONAL dan PAKATAN HARAPAN lagi, tetapi telah menjadi medan pertarungan untuk meraih kepercayaan antara penyokong DAP dan penyokong AMANAH. Kegagalan DAP menyembunyikan ketaksuban mereka untuk melancarkan "roket" mereka di bumi Ayer Hitam tidak disenangi penyokong PAKATAN HARAPAN yang lain. Belumpun menang dalam pertandingan, DAP sudah menunjukkan belang.


Dengan senario yang ada, kerusi yang pada PRU 13 dahulu ditandingi oleh calun dari PAS, SEKIRANYA berlaku pertandingan 3 penjuru, maka sah kemenangan mudah akan berpihak kepada calun BARISAN NASIONAL dan Chin Tong pasti akan ke mana-mana parit yang banyak dalam Parlimen Ayer Hitam itu.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI