TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, August 4, 2011

PERANG HASAN ALI vs KHALID

Datuk Dr Hasan Ali, Exco Agama Kerajaan Selangor mempertahankan tindakan JAIS menyerbu majlis berbuka puasa ataupun makan malam yang dianjurkan oleh Gereja Methodist Damansara Utama. DDr Hasan memberikan alasan bahawa terdapat aduan bahawa terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam dilakukan oleh pihak gereja. Jika itu yang berlaku, maka wajarlah DDr Hasan menyokong serbuan tersebut.

Yang menjadi persoalan pula ialah mengapa pengunjung Melayu, setelah menyedari kehadiran JAIS cuba untuk melarikan diri. Sekiranya tiada apa-apa kesalahan dan hanya sekadar hadir untuk makan malam, maka tentunya tiada apa yang perlu ditakutkan dan tidak perlulah cuba untuk melarikan diri. Apabila ada tindakan untuk melarikan diri, tentu terdapat sesuatu perkara yang menyalahi peraturan telah berlaku.

Bagaimanapun MB, TS Khalid pula mengecam tindakan JAIS. Apakah Khalid tidak bertanyakan kepada Hasan apa yang berlaku atau sememangnya tidak wujud komunikasi antara mereka? 

Demi Kristian, Khalid sanggup menghubungi secara peribadi Pastor Kristian tersebut dan menyatakan kekesalannya terhadap apa yang dilakukan JAIS. Khalid hanya mempersoalkan tindakan JAIS sahaja tetapi mengapa Khalid tidak mempersoalkan pihak penganjur yang tidak memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS. Sewajarnya sekira tiada apa yang menyalahi undang-undang atau adat Melayu dan Islam, tiada apa yang perlu disorok dan disembunyikan.

Semoga dengan insiden ini, Melayu Selangor membuka mata mereka, siapakah Menteri Besar mereka sekarang. 


2 comments:

Anonymous said...

sebenarnya,
khalid sedang berkira untuk bertanding jawatan pastor gereja kristian pula sebagai persiapan sekiranya beliau terpaksa turun dr jawatan MB selangor.
selamat mencuba MB.

Unknown said...

Hasan Ali diantara pejuang pas yang saya suka.namun nasibnya tidak terbela oleh rakan-rakan dalam perjuangan..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI