TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 3, 2011

ORANG MUDA LETAK ROSMAH LIABILITI PADA BN

Diam tak diam, cuti raya dahpun sampai ke penghujungnya. Kampung yang riuh sekejap sempena cuti raya, kini sunyi kembali. Tinggallah atok dan nenek berdua, kembali bergosip fasal anak cucu. Kurang-kurangnya ada juga cerita baru untuk mereka bualkan.
Bagaimanapun, bagi kita, sekarang ialah waktu untuk bertindak. Sekarang adalah masa untuk memperkuatkan lagi perjuangan bangsa. 
Berbual bersama anak-anak muda ketika cuti jelas menampakkan mengapa begitu kurangnya sokongan mereka terhadap kerajaan. Bagi anak muda, kerajaan sekarang terlalu banyak berpolitik, banyak bercakap dan takut bertindak.

Bila kerajaan takut bertindak, mereka menganggap kerajaan tidak kuat. Orang muda sekarang bukan mahu kerajaan yang popular, mereka mahukan kerajaan yang kuat. Bila kerajaan kuat mereka berasa yakin dan terjamin.

Melihat kepada keadaan dimana dalam beberapa situasi seolah-olah kerajaan telah dicabar dengan begitu hina sekali pada pandangan mereka, tetapi tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh kerajaan. Berkumpul sambil menguyah kueh raya mereka mempertikaikan kalau salah kenapa peristiwa BERSIH disenyapkan sahaja? Kalau Mat Sabu salah sokong komunis, mengapa masih dibiarkan melalak? Pada mereka media massa bukanlah tempat yang sesuai untuk menepis tuduhan terhadap pembangkang. Orang muda mahukan penguatkuasaan melalui undang-undang. 

Bila cerita bab Nuar, orang muda lagi suka......mereka kata, biar bertahun lagi Nuar bertangguh dan menunjukkan bahawa kerajaan tak ada taring. Aku ingatkan orang muda kurang tahu sejarah, terperanjat juga bila mereka membandingkan kes Datuk Harun dulu. Datuk Harun sewaktu dipenjarakan dahulu juga punya pengaruh yang sangat kuat. Bicaranya sekejap sahaja, itu sebab kerajaan pada waktu itu ada telur dan bertaring.

Bila bercerita tentang liabiliti BN, pandangan orang muda semuanya tersasar dari yang kita jangkakan.  Bagi orang muda, liabiliti terbesar kepada BN ialah ROSMAH!!! Kenapa......bagi mereka isteri PM kita tu melebih-lebih. Bila ditanya lanjut merekapun sukar nak menjawab, bagi mereka 'just hate for nothing'. Mereka kata meluat bila tengok muka DS Rosmah. Mereka mintak DS Najib peti sejukkan isteri kesayangannya itu.

Aku ketawa bila dengar mereka bercakap, aku tak akan pangkah BN sebab tak nak tengok muka Rosmah lagi. 

9 comments:

Anonymous said...

apa nak buat kalau ada kat Malaysia, muka dia lagi banyak dalam TV dari najib, macam dia PM lak.

Anonymous said...

Sudah tiba masanya saudara peka dgn keadaan sekeliling.. rintihan mu andaikan jejaka yg tidak sukses dalam hidup, sekadar nak tunjuk kejaguhan sebagai seorang anak jantan, but without substance?

Tak dapat terima hakikat wanita2 sekarang sudah berpendidikan tinggi dan mampu membantu demi masa depan Negara, Bangsa dan Agama!

Thailand, Germany dan Australia.. dan beberapa negara lain elain sudah mula menrima wanita sebagai pemimpin mereka.

Sekarang ni dah terdapat ramai lelaki duk rumah, minum kopi kat kedai dan tunggu isteri2 pulang dari kerja membawa makanan untuk keluarga...

Steady bruder...

Anonymous said...

Lagi suka tengok muka lim kit siang? Jangan salah undi. Nanti melayu Malaysia jadi macam melayu singapore. Ingat masa depan bangsa dan ugama. Najib tak akan jadi PM sampai bila bila. Pedulilah rosmah tu. Gasaklah dia. Janji melayu kekal berkuasa. Jangan bakar rumah kerana nyamok. Nanti tak ada rumah diri sendiri yang susah.

Anonymous said...

Anon 11:28
Kat Thailand, Germany dan Australia, wanita tersebut adalah pemipin yang dipilih, bukan penempel. Orang Malaysia pun dah terima wanita sebagai pemimpin.

Anonymous said...

Jangan jadi bodoh tak boleh diajar, siapapun yg berada ditempat dia pasti ada org yang terencat akal tak menyukainya. Kita patut berbangga adanya isteri pemimpin seperti beliau yg bersama membantu suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin utama negara...

Anonymous said...

najib dan menteri amaran dan juga menteri lain kena lihat perkara ini semua menteri penakut untuk mengambil tindakan ada pemuda pun sama ja, najib dan menteri menteri lain kau orang ni hayal ke?

Anonymous said...

Anon 11:47

Pengundi wanita ramai di Negara ini tetapi berapa kerat sangat yg mewakili wanita di peringkat Gomen?

Setidaknya ada seorang, sekadar angkat telepon.. kerja jalan.. Misi ka Somalia kalau tak sabit dia, ingat dermawan nak tampil hadapan dengan laju ker?

She is representing the majority of women voters who are left without A LEADER!

Siapa PEMIMPIN wanita masakini? TAKder! TAKder!Nak jadi macam President Wan Azizah? Sekadar patung kayu ajer?

Anonymous said...

Salam.
Jatuh Pak Lah kerana MENANTU, jatuh Najib kerana BINI.

Kalau Najib buat PEKAK, tahulah nasib dia nanti......

Anonymous said...

UMNO tak bolih ,sekali lagi,tidak blh ambil rengan isu f l o m .
Bukan soal iri hati busuk hati ,tapi ade blogeer cakap umno nak bersunggoh kerja kuat untuk menjadi pati pembankang ?
Ini isu UMNO.
blogger pro umno malas nak defend banyak sangat keputusan dasar yang lihat negatif kapd umno dan ramai pemimpin UMNO yang tidak berwibawa, bermaana umno sudah kasi free kick bukan satu tetapi terlalu tak terkira.
Andaian hari ini buat PRU 13 ,PR tak payah kerja kuat sbb MUFC tendang bola masuk goal sendiri,bukan sekali.
kalu tak buat damage control ade mungkin 2008 berulang.kurang lagi majoriti.
UMNO tidak bolih di pandang remeh.
Fikir kalu pas nak taruk muka baru 60 orang AP,tungul kelapa pun akan menang,kalu tak damge control.
contoh: Siputih pompuan cina tu, dah kata kalu BN menang di Selangor kerna pakai tak bersih?.
3 juta ahli UMNO pekak buta tuli pada semua isu semasa,walaupun di beri peluang di bawah dasar liberal engagement inclusive terbuka 1M demokarcy,tapi nampak ahli UMNO sudah dieunuchkan....rugi lah UMNO sendiri,untung lah musuh UMNO.
Blogger pro UMNO letih penat defend f l o m.
Kenapa dan mengapa semua 3 juta ahli umno ta buka mata?
tak nampak ke emperors new clothes.
Kalu dah zon selesa, semenjak 2004,
UMNO tidak akan menjadi teraju lagi sebab pati komponen pun sudah buat bising senyap senyap.
Kalu ahli umno tak sayang kan umno,tak kan nak harap mca mic gerakn sayang umno ? winnable candidiates akan menjadi buruan bagi semua pati yang akan bertanding pru13.
Sedih nya ramai legacy punya ahli masih menjadi harapan Najib.
arjuna waspada
changkat lobak.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI