TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 3, 2011

BILA PAS TULIS SEJARAH

Propaganda PAS tentang pejuang kemerdekaan macam termakan juga oleh sesetengah rakyat. Bila negara aman dan dilimpahi dengan kemakmuran, mungkin para pemimpin PAS dah mula terasa malu nak menjamah kemakmuran tersebut disebabkan sejarah tidak mencatat bahawa pemimpin terdahulu mereka tiada yang disenaraikan sebagai pejuang kemerdekaan. DAP lagi jauh sebagai pejuang kemerdekaan.
Anggota Polis yang memerangi komunis
Supaya tidak kekok untuk menjamah kemakmuran yang ada, PAS dan DAPpun bersekongkol mempertikaikan siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Andai PAS dan DAP berkuasa, mereka yang percaya bahawa sejarah ditulis oleh orang yang menang, tentu sekali tidak akan berlengah membakar semua buku sejarah sedia ada dan menulis semula sejarah negara. 

Mereka yang bersembunyi dihutan, mereka yang membakar harta orang ramai, mereka yang memaksa orang kampung memberi makanan, mereka yang percaya kepada sama rasa sama rata akan dinobatkan sebagai pejuang kemerdekaan. PGB akan diberikan kepada mereka yang paling banyak membunuh askar Melayu dan PPH kerana kononnya mereka adalah talibarut British. Walhal askar dan polis tugas mereka adalah menjaga keamanan. Untuk menjaga keamanan, siapa pemerintah disitulah tumpahnya taat setia mereka.

Yang berjuang di meja rundingan akan dianggap sebagai pengecut. Ini kerana PAS dan DAP memang sukakan kekecohan dan huru hara. Bagi mereka dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu, mesti dilakukan dengan huru hara. Nanti akan adalah pula Bapa Reformasi, Bapa Fatwa, Bapa Demonstrasi dan entah apa-apa lagi yang songsang.

Maka ketika itu akan dinobatkan oleh mereka bahawa Mat Sabu ialah BAPA ...............

1 comment:

Anonymous said...

Mereka pasti akan catat dalam buku sejarah bahawa lahirnya UMNO adalah dari serpihan PAS....camner yang singapura spin sejarah negara tu....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI