TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, September 2, 2011

SAMM TAK PERLU JADI HERO MAT SABU

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tak perlulah nak jadi pembela kepada Mat Sabu dalam isu Mat Indera. Tiada apa lagi yang silap tentang sejarah Malaysia. Sebagai anak Muar, aku mendapat cerita Mat Indera bukan dari buku sejarah. Sejarah Mat Indera dah diceritakan oleh golongan tua lama dahulu semenjak aku kecil. Cerita fasal Mat Indera dan Margono, bagi orang Muar tak perlu dapat dari buku sejarah. 
Memang asalnya Mat Indera bersembunyi dari British dan mendapatkan perlindungan dari puak komunis Cina. Tapi akhirnya mungkin terpengaruh dengan dakyah komunis, membawa sekumpulan Melayu dan Komunis Cina,  dia mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong. Yang terbunuh semuanya Melayu!!! Yang terbakar semuanya Melayu!!! Nak lawan British kenapa serang Melayu? Di Balai Polis Bukit Kepong, tak ada sekorpun British yang bertugas atau duduk disitu.

SAMM tak perlulah nak tunjuk bijak. Ko buat nama pertubuhan dengan awalan 'solidariti' tupun ramai anak muda Melayu tak paham apa maksudnya. Lambang ko pun banyak hitam dari putihnya.




p/s
Terima kasih kepada para pengunjung blog ini. Selepas 110 hari berblog, pada hari ini berjaya mencatat 100,000 hits. Diharapkan agar sokongan akan berterusan.

2 comments:

Anonymous said...

SAMM??? Tak pernah dengor pon!

Anonymous said...

SAMM jadi pembela Mat Sabu samalah macam PKR jadi pembela Anwar Ibrahim.


Hobi pun hampir nak sama . . .

ARTIKEL HANGAT BULAN INI