Semakin hampir dengan pilihanraya, semakin kerap kita dihidangkan dengan ceramah. Baik dari parti yang mewakili kerajaaan mahupun pembangkang. Masing-masing ada isu dan cerita masing-masing. Tak mengapa, kita tumpang dengar.
Namun dalam tumpang dengar itu, kerap juga kita sebagai pengundi diingatkan agar tidak menggadai parti hanya kerana menunjukkan protes terhadap sesuatu isu. Kita sebagai pengundi sentiasa diingatkan agar sentiasa untuk memenangkan parti.
Rasionalnya selaku pengundi, apabila kita telah menganggotai sesebuah parti, memanglah kita sayang dan kita percaya kepada perjuangan parti yang kita anggotai. Dek kerana itulah, walaupun di sesetengah kawasan, ada pemimpin langsung tidak popular, tidak bijak, bermasalah serta tidak dapat diterima oleh masyarakat, namun sesuatu parti itu masih lagi boleh menang.
Namun akhir-akhir ini, mungkin permintaan agar pengundi sahaja yang sayangkan parti sudah tidak boleh dipakai lagi. Ini jelas diterjemahkan dalam PRU12 yang lalu. Banyak keputusan-keputusan mengejut yang sebenarnya tidak mengejutkan pengundi setempat.
Masa sudah sampai, agar pemimpin mendengar suara pengundi. Pemimpin mesti lebih sayangkan parti. Pemimpin yang sayangkan parti, tak perlu ditunjukkan jalan keluar melalui peti undi. Penerimaan masyarakat jelas dapat diukur sekiranya masing-masing sedar. Namun berapa ramai pemimpin, tak kira dari manapun parti mereka yang sanggup meninggalkan jawatan demi parti?
Sudah sampai masanya pemimpin kena sedar, kekalahan sesebuah parti dalam pilihanraya, bukanlah disebabkan masalah parti, tetapi kerana kesalahan dan kegagalan pemimpin! Buat pemimpin-pemimpin dalam parti pembangkang, usah pedulikan mereka. Namun untuk pemimpin dari kalangan BN, inilah masa untuk masing-masing menghisab diri masing-masing. Kalau rasanya sudah kurang diterima atau hanya popular dikalangan orang yang sama sahaja yang rajin mengekori dalam setiap program, maka eloklah berkorban untuk parti. Declare awal-awal. Pengundi dah puas berkorban.
Khususnya untuk YAB Ghani Othman, sanggupkah berkorban untuk parti? Ini bukannya desir angin lagi, tapi sudah menjadi ribut, kalau BN kalah atau kurang majoritinya di Johor, bukanlah kerana pengundi menolak BN, tetapi kerana protes mereka terhadap MB Johor. Sama-sama kita fikirkan.
No comments:
Post a Comment