Desas desus semakin kuat kedengaran bahawa Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dr Mahpodz, akan bertanding di DUN Gambir di Parlimen Ledang. Hal ini dikuatkan lagi dengan tindakan Presiden PAS, Hadi Awang yang menaikkan billboard gergasi di Sagil dengan menampilkan imej Dr Mahpodz seolah-olah merestuinya untuk bertanding di situ.
Sambutan penduduk DUN Gambir pada Himpunan Hijau pada 16 Jun yang lepas, semakin menguatkan lagi keyakinan puak PAS dengan menganggap bahawa DUN Gambir merupakan gerbang untuk mereka menawan Nusajaya (sini).
Perihal DUN Gambir ini bukanlah satu perkara baru dan aku sendiri pernah menulis beberapa artikel dalam blog ini antaranya di sini dan di sini. Namun begitu, kekecewaan para pengundi di DUN Gambir berkaitan calun, seolah-olah tidak mendapat perhatian dari BN. Dari sumber-sumber di Gambir yang aku perolehi, sekiranya dahulu, mereka hadir ke program-program pembangkang hanyalah untuk menunjukkan protes dan untuk membuka mata pucuk pimpinan, terutamanya YAB Ghani Othman, namun kini mereka nekad, sekiranya kekecewaan yang ditimbulkan dipandang sepi, maka sokongan yang selama ini untuk BN/UMNO, akan diberikan kepada pihak pembangkang yang Melayu dan Islam.
Sesuatu perlu dilakukan oleh pucuk pimpinan BN untuk menarik kembali sokongan pengundi yang selama ini totok UMNO. Untuk menarik kembali sokongan Melayu dan Jawa di DUN Gambir ini, tidak banyak yang perlu dilakukan, cukuplah mulai dari sekarang, isytiharkan bahawa calun PRU13 untuk DUN Gambir nanti adalah dari kalangan UMNO dan Melayu. Kepada MIC, apalah gunanya berkeras hanya untuk mengundang kekalahan kepada BN? Inilah yang aku persoalkan pada artikel sebelum ini, pengundi sudah 2 penggal memendam rasa kerana sayangkan parti, maka kini sampailah masanya pemimpin menunjukkan bahawa mereka juga sayangkan parti.
5 comments:
tu kawasan kiyai samsuddin....jgn harappp laa.... org kg meluat dgn PAS, sbb isu nizarr....
Nak masuk Ledang juga Ye ...
semoga berjaya ye pakcik.....
Ledang pun ramai calon melayu yang berwibawa...setakat Asojan boleh tukar tempat.....
Gua pun suka calon melayu diletakkan di bukit gambir....
SETUJU..KAWASAN INI SEPATUTNYA DIBERI KEPADA CALON UMNO..HARAP BN PUSAT PERTIMBANGKAN CADANGAN INI
Silent protest oleh ahli umno Dun Gambir pada 10 april 2013. Kelihatan beberapa keping banner menyeru calon DUN Gambir Ledang Johor bagi PRU13 ini adalah dari wakil UMNO iaitu melayu beragama islam.
Ini menunjukan penduduk Gambir sudah bosan selama ini selepas 2 penggal terpaksa memenangkan wakil MIC yang mewakili hanya 3 peratus dari jumlah penduduk Gambir.
Silent protest oleh ahli umno Dun Gambir pada 10 april 2013. Kelihatan beberapa keping banner menyeru calon DUN Gambir Ledang Johor bagi PRU13 ini adalah dari wakil UMNO iaitu melayu beragama islam.
Ini menunjukan penduduk Gambir sudah bosan selama ini selepas 2 penggal terpaksa memenangkan wakil MIC yang mewakili hanya 3 peratus dari jumlah penduduk Gambir.
Post a Comment