TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, June 17, 2012

BENARKAH PAKATAN SEMAKIN KUAT DI JOHOR?


Dua gambar di atas cukup mengujakan puak Pakatan. Berkobar-kobar semangat mereka untuk menakluki Johor. Tetapi benarkah Pakatan kuat di Johor?

Gambar di atas sekali ialah Himpunan Hijau di Sagil dan yang di bawahnya ialah ceramah PKR di Kulai. Sekali lagi pertanyaan, dengan hadirin yang sebegitu, benarkah Pakatan sudah kukuh di Johor?

Untuk himpunan hijau di Sagil. Kenapa mereka pilih Sagil? Beginikah ramainya sekiranya yang datang itu cuma Suhaizan Kayat dan Mazlan Aliman? ....tentunya tidak. Yang datang itu adalah orang nombor 1 PAS, Hadi Awang. Kalau BN buat program, yang datang itu tak perlu PM, cukuplah sekadar menteri sahaja, pasti jumlah yang hadir akan mengatasi kehadiran di himpunan tersebut. Dan mereka memilih Sagil, bukannya Sg Abong yang YBnya PAS kerana mereka tahu adanya isu terbuku di warga DUN Gambir yang telah 2 penggal diwakili oleh MIC yang awalnya cuma diberitahu bahawa DUN tersebut hanya dipinjamkan sepenggal sahaja kepada MIC. Walhal penduduk di DUN Gambir majoritinya adalah totok Melayu dan Jawa!

Untuk di Kulai pula, siapa yang datang? Ada dua nama besar yang datang, iaitu Anwar dan Jui Meng. Namun dua nama besar ini masih tak dapat mengatasi jumlah hadirin ketika lawatan PM dan TPM ke Kulai. Jadi, dimanakah asas kekuatan puak Pakatan di Johor? Cuba buat program di Kulai dengan hanya menampilkan Din Pudu yang kononnya bakal jadi MB Johor dan Dr Boo. Berapa ramai agaknya yang hadir? 

Dalam berkempen, terkadang nama-nama besar sangat memainkan peranan. Kehadiran yang ramai, yang terkadang dari puak lawan juga menyebabkan mesej yang dibawa tersebar luas. Namun begitu, BN tidak boleh terlalu kerap membawa nama-nama besar dalam kempen. Pemimpin-pemimpin BN punya tugas, ada jawatan yang perlu diutamakan. Mereka ada amanah yang perlu diselesaikan. Sekiranya mereka mengikut gerak pembangkang berkempen, alamatnya pentadbiran negara akan pincang. Hakikat ini, rakyat kena faham. Berbeza dengan pemimpin pembangkang, mereka tiada tanggungjawab dan jawatan dalam kerajaan dan ini memungkinkan mereka untuk bergerak bebas malah tanpa segan silu meninggalkan kawasan yang diwakilinya hanya semata-mata untuk berkempen.

Namun begitu, terutamanya di Johor yang kononnya sokongan masyarakat Cina yang semakin menurun, suka juga nak bertanya, tidakkah boleh nama-nama besar dalam MCA kerap mengadakan program bersama masyarakat Cina secara besar-besaran? Bukannya apa, mereka ada pengaruh dan kini tiada jawatan dan tanggungjawab yang perlu disegerakan dalam kerajaan. Meraka ada banyak masa untuk membantu BN. Namun begitu, mana Soi Lek, mana Ka Ting, mana Tee Kiat. Mereka ini semuanya hebat-hebat belaka di mata orang Cina!


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI