TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 6, 2011

KENAPA ORANG SAMBUT NUAR DI LEDANG?

Keratan sebahagian dari artikel Nuar ke Ledang ni bukannya aku nak bincangkan ucapan Nuar yang mengutuk DS Najib ke Mekah, tetapi ialah sebab mengapa walaupun dalam keadaan hujan, orang Serom masih sanggup menunggu dan mendengar Nuar mencarut.
Hal sebegini tidak mungkin berlaku sebelum PRU 12 dahulu. Kawasan ini merupakan antara kawasan terkuat sokongannya kepada UMNO yang mana majoriti penduduknya adalah Jawa. Kampung ni adalah bersebelahan dengan kampung aku dan merupakan kampung orang rumah aku. So sikit sebanyak sebab-sebab sengetnya pemikiran orang kampung dapat jugalah aku tahu.

Antara perkara yang menyebabkan sokongan mereka kepada UMNO berubah sedikit ialah kerana mungkin dah jemu dengan kepimpinan Ghani sebagaimana yang pernah aku catatkan di sini. Namun itu sebenarnya masih belum cukup kuat lagi untuk mereka senget kepada pembangkang.

Perkara yang paling mengecewakan penduduk di situ ialah apabila wujud DUN baru pada PRU 2004 iaitu Gambir disedekahkan kepada MIC. Itu merupakan perkara yang paling menyedihkan mereka. Sebenarnya di kawasan ini, kebanyakkan penduduk samada dari DUN Serom, DUN Tangkak, mahupun Gambir, rata-ratanya bersaudara. Jawa-jawa kat sini sebenarnya teramat kecewa.

Untuk mengembalikan sokongan kepada UMNO, DUN Gambir perlu diberi kepada perwakilan Melayu kerana ini kawasan Melayu. Cukuplah dalam Parlimen Ledang, DUN Tangkak diwakili oleh bukan Melayu. Sekiranya ini berlaku, tentunya suasana akan berubah.

Isyarat jelas yang dapat dilihat sekarang ialah, sekiranya DUN Gambir masih lagi diwakili MIC, pengundi di sini akan memilih calun Melayu tanpa mengira latar belakang parti - yang penting ianya Melayu.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI