TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, November 22, 2011

MAHASISWA NI BIJAK, BENGAP ATAU BEBAL?

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (Kami) serta Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (Dema), telah menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) di pejabat suruhanjaya itu di ibu negara pagi tadi. Kumpulan ini menamakan gerakan mereka ini sebagai  'Gerakan menuntut kebebasan akademik' atau Bebas.

Mahasiswa atau mahabebal?
Terdapat dua prinsip yang diperjuangkan oleh Bebas ni iaitu;
  1. Pertama katanya, adalah bahawa ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut bercanggah atau tidak dengan pendapat umum.
  2. Kedua, institusi akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab untuk mengenakan tindakan tatatertib.
Keduanya memperlihatkan tahap 'kecerdikan' mahasiswa-mahasiswa ni.

Prinsip yang pertama harus ditentang kerana kebebasan ada hadnya.  Sekiranya dapat dihidu perbuatan bebas tersebut mampu menggugat ketenteraman dan kesejahteraan rakyat, mampu menggoncang kestabilan negara, apakah masih mahu dibiarkan? Kerajaan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam memelihara ketenteraman dan keamanan negara dari nafsu serakah sekor dua pengamal akademik songsang.

Prinsip kedua menunjukkan mereka yang menganggap konon diri mereka bijak pandai sebenarnya tidak tahu sedar diri. Tak pernah mencermin diri, dengan siapa mereka menumpang, dengan siapa mereka mencari makan. Institusi akademik waima awam mahupun swasta mempunyai hak untuk menjaga nama dan integriti institusi mereka dari dicemari oleh orang yang mereka bagi makan, yang mereka bagi kerja. Sekiranya ingin bebas, tubuhkan institusi sendiri. IPTA atau IPTS yang mereka bertugas sekarang hanyalah tempat mereka menumpang untuk cari makan, bukannya tempat untuk membuat onar!

Perkara mudah sebegini pun, para mahasiswa tak mampu nak berfikir? 


3 comments:

Anonymous said...

Setuju bro,mahasiswa la ne pandai berkata kata utk berpolitik dan menyalahkan kerajaan but at the end gomen and glc juga tempat depa cari makan,nak gie company cine mau setahun dua jea kerja pasal mental tak tahan dan komunikasi,bahasa inggeris yg tunggang langgang

Anonymous said...

Yang pakai baju Harimau Malaya nama Adam Adli , dari UPSI.TESL.Bekas calon PRK yang dihalang bertanding kerana demo air di KL. 017 - 434 7317

_Anti Adam Adli_

AJAI62 said...

Assalam Bro

Nak bebas jangan kerja dengan gomen... bila tiada ikatan suka hati kau oranglah nak kata apa... Pelajar2 tu kenapa tak suruh mak/bapak kau orang hantar belajar di Universiti swasta... Dah dibagi peluang belajar di Universiti gomen tu dah cukup baik... kena ingat masih ramai lagi kelangan pelajar SPM/STPM yang bijak dari kamu tapi gagal dan belajar di Universiti gomen... Nak berpolitik sangat berhentilah hoi....

ARTIKEL HANGAT BULAN INI