TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 2, 2013

HOT....KENAPA DANGA BAY TERLALU ISTIMEWA

            
Laporan audit 2012 bagi Kerajaan Johor telah menunjukkan betapa istimewanya Danga Bay Sdn Bhd. Entah apa istimewanya hinggakan walaupun membuat projek awam tanpa mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri, Danga Bay masih tetap mendapat bayaran, malah hingga melebihi dari nilai yang sepatutnya.
               
            
Kalau begitulah istimewanya Danga Bay itu, maka keistimewaan tersebut patut juga dipanjangkan kepada lain-lain pembangunan yang tidak mendapat kelulusan terlebih dahulu, khususnya terhadap rumah-rumah setinggan yang dimiliki oleh golongan susah. Pemilik rumah setinggan ni macam pemilik Danga Bay juga, mereka buat dulu tanpa mendapat kelulusan, tetapi kenapa Danga Bay buat tanpa kelulusan tapi boleh claim lebih tetapi pemilik rumah setinggan mahu dirobohkan rumah mereka? Laporan audit itu boleh dibaca di SINI.
               
          
Mengenangkan hal di atas, teringat akan calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang pernah menghangatkan suasana ketika mahu menghadapi PRU13 yang lalu kerana mengetuai gerakan ingin menutup Bilik Gerakan BN atas kekecewaan layanan Kerajaan Negeri ketika itu tergadap nasib setinggan di Parlimen Pasir Gudang.

Kalau Pemuda UMNO Pasir Gudang masih ingat lagi peristiwa tersebut, eloklah pilih Sdr Rohazam Shah ini selaku ketua. Jelas ada keberanian dalam perjuangannya. Blog ini menyokong penuh calon ini, apa tidaknya?...apa istimewanya Danga Bay yang dimiliki Cinabeng tu hingga boleh membina sesuka hati tanpa kelulusan tetapi diberikan imbuhan yang berlebihan berbanding dengan nasib setinggan Melayu yang juga membina tanpa kelulusan, tetapi tidak pula diberikan sebarang imbuhan. Walhal para setinggan itu membina bukannya untuk mengaut keuntungan tetapi hanyalah untuk mendapat tempat berteduh untuk membesarkan anak-anak sebagai persediaan kepada generasi pelapis negara yang kalau silap ditangani hanya akan melahirkan generasi pelapis yang membenci kerajaan yang memerintah.


7 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Istimnewanya danga bay kerana ia terlepas pandang atau pejam mata sebelah oleh SPRM !!

Anonymous said...

Alllaaaaaa...SETINGGAn tue... berapa ringgit jer yang boleh bayar bawah meja... Baik rampas untuk buat banglo dapat banyak untung.... Stingaan tu pandai2 lah hidup sendiri...ulat dalam batu boleh hiduup... lagi pun masa inilah nak tunjukk kuasa dan kumpul duit banyak2...nanti kalau dah kalah pada pembangkang... nak sara hidup pakai aper... heh heh heh...

Anonymous said...

Sprm tolong bertindak!!!!!!!!!

Q-ri said...

Sprm tidur! Makan gaji buta! Penguatkuasa kerajaan tempatan pon same. Kedai jual dvd cetak rompak berlambak-lambak dibiar beroperasi. Kena rasuah ke?

Q-ri said...
This comment has been removed by the author.
tungkaran hati said...

nak tanya sikit jee.....pasai apa kerajaan negeri dan persekutuan tak nak gantikan Tambak Johor dengan jambatan baru ?

Anonymous said...

tak payah cakaplah pasal danga bay ni.buat menyakitkan hati.kita orang melayu ni layak tengok je,bukannya mampu nak beli hartanah kat situ.padanlah si ghani tu tumbang ko,banyak sgt buat naya kt bangsa sendiri.dgn harga rumah tak logik langsung,di mana anak2 cucu kita nak berteduh nanti.ada tanah,hutan semua habis ditarah buat rumah mahal2 bagi org singapork duduk.bila kaita cakap mcm tu,mulalah depa tak ngaku.tunjuklah statistik rumah org singapork beli.tak percaya,mailah jengok kawasan dari lima kedai sampai gelang patah.mcm2 rumah,kilang tumbuh,tapi berapa ramai yg melayu mampu beli?rumah teres dua tinkat 22x75 cecah setengah juta.klogik ke?tak payah cakaplah banglo ke apa.habis rumah macamana melayu mampu beli?melayu hanya layak dok pprt saja?baguslah nampak gaya mb baru ni tegas sikit.hatrtanah melayu tetap hak melayu.tanah rezab melayu haramcinabeng beli.x mcm mb dulu,asal ada persen je semua ok

ARTIKEL HANGAT BULAN INI