Kayuh dik kayuh, biar cepat sampai rumah, cepat dapat makan tengahari (makan petang). Aku tak mau cerita pasal parti hari ini, tapi nak cerita pasal realiti anak-anak sekolah sekarang. Lepas makan nanti, terus jadi kain buruk, tertidur sampai ke petang. Perkara yang tak berlaku zaman aku sekolah dulu. Kenapa?
Dulu aku sekolah, tengahari dah habis, lewat-lewat pukul 1.30 dah sampai rumah, dah boleh menikmati makan tengahari yang sempurna. Lepas makan dan sembahyang dah boleh rehatkan badan sekejap dan petangnya dah cergas semula untuk aktiviti kampong, tak kira le, kerana semuanya ikut musim, musim main bola, kita main bola, musim badminton, kita main badminton, musim takraw, kita main takraw dan seterusnya.
Namun budak sekarang ni kesian. Tak dapat menikmati zaman budaknya dah le satu hal. Namun masa persekolahannya yang panjang menjadikan aku kesian. Percayalah, sesetengah sekolah, pada waktu aku menulis artikel ini (3.30 petang) bebudak masih lagi kat sekolah semenjak pagi. Muka masing-masing dah layu, jalanpun dah longlai. Apataknya, sesetengah dari mereka mungkin hanya makan nasi lemak ataupun bihun goreng sewaktu rehat jam 10.00 pagi. Mereka tiada istilah makan tengahari, yang ada cuma makan petang!
Aku tak tahulah, bagaimana Kementerian Pelajaran ingin merealisasikan sesi sekolah 8 - 4 nanti. Apakah nasib anak-anak ini? Mana yang mak bapak berduit lebih, mungkin boleh bekalkan anak-anak dengan duit yang lebih agar dapat menikmati makan yang sempurna pada waktu tengahari. Bagaimana dengan mereka yang kekurangan, yang ada anak ramai? Sekiranya hal ini berterusan, iaitu anak-anak ini tidak mempunyai makan tengahari yang sempurna, bagaimanakah penerimaan anak-anak ini ketika pembelajaran? Bagaimanakah kesan terhadap kesihatannya?
Mungkin ada yang memandang remeh dengan persoalan makan ini. Tapi harus ingat, bagi yang berduit, RM5 untuk bekal kocek seorang anak ke sekolah, tidak menjadi masalah. Tetapi bagi mereka yang susah, kalau dah ada 3 anak bersekolah, dengan perbelanjaan RM15 yang kalau mereka belanjakan untuk lauk dan sayur, mereka boleh makan sempurna untuk sekeluarga makan siang dan malam!
Siapa yang nak ambik tahu nasib anak-anak kita ini? Bagi guru-guru, belum apa-apa lagi dah ada yang bersuara agar diperkenalkan jadual anjal supaya mereka tak terbeban dengan kerja yang berlebihan. Fikir-fikirkan....
No comments:
Post a Comment