Sewaktu pelajar-pelajar Malaysia di Mesir ketakutan akibat peristiwa Medan Tahrir yang lepas, dimanakah Nurudin Zanki? Dimanakah Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK)? Sewaktu senang, semua nak jadi hero.
DESAK yang sememangnya diketahui condong ke arah pembangkang hanya tahu melalak perkara yang negatif sahaja. Masa susah kenapa tak minta tolong dengan pembangkang? Kalau benci kerajaan kenapa terima apa yang kerajaan beri? Jangan jadi opportunis. Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin kepada Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, jelas menunjukkan para pelajar Malaysia di Mesir tidak tahu apakah matlamat sebenarnya mereka ke Mesir.
Sewaktu pelajar-pelajar Mesir ketakutan, tidak kedengaran suara DESAK, tidak kedengaran suara PAS, Keadilan atau DAP. Selaku golongan orang berpendidikan, harus tahu menilai, kerajaan menaja dan menghantar anda belajar adalah untuk belajar, bukan berpolitik. Wang yang digunakan adalah wang rakyat, maka harus sempurnakan dahulu amanah belajar tersebut dan membayar semula dengan perkhidmatan yang cemerlang kepada negara.
Nampaknya negara memang kerugian besar menaja pelajar-pelajar yang tidak tahu tujuan sebenar mereka ke Mesir. Bagi pelajar yang tidak mempunyai tajaan, sudah sewajarnya sebelum memilih belajar ke luar negara mengukur dahulu baju di badan sendiri. Jangan hanya keluar negara kerana nak glamour. Kalau serba kekurangan, belajar sahaja di Malaysia. Jangan kerana silap sendiri yang tidak bijak mengira, kemudiannya menyalahkan kerajaan apabila tidak dibantu. Malaysia tak kurang hebatnya dari segi kemudahan untuk pendidikan tinggi.
Sebenarnya dalam hal ini tiada siapa yang mencabuli hak para pelajar. Sebenarnya para pelajar tersebutlah yang menodai sendiri hak mereka sebagai pelajar. Dengan menyertai tunjuk perasaan, para pelajar tersebut telah mencabul harapan ibubapa mereka dan kerajaan yang inginkan mereka ke sana untuk belajar dan pulang dengan segulung ijazah dan berkhidmat kepada masyarakat.
Kalau makanpun masih nak disuapkan lagi, janganlah nak berpolitik dan cuba nak menjadi hero orang lain. Jadilah orang yang cerdik, kukuhkan diri dahulu dengan ilmu dan kerjaya, kemudian dah senang, dah tak mengharapkan bantuan orang, barulah boleh berpolitik, baru boleh menolong orang lain.
Sumber: klik SINI
No comments:
Post a Comment