TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 27, 2011

PEMIMPIN PKR DAN MTUC BAKAL JAHANAMKAN EKONOMI PEKERJA

Setiausaha kewangan MTUC Alias Awang dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan pindaan-pindaan kontroversi Akta Pekerjaan dan akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.


Ini jelas sekali pemimpin MTUC telah bersekongkol dengan politik pembangkang. Apa yang diperjuangkan oleh pemimpin MTUC hanyalah untuk memenuhi hajat pembangkang dan bukannya untuk kepentingan para pekerja. Telah terlalu banyak undang-undang yang lebih menyebelahi pekerja dari majikan.

Apa yang cuba dibuat oleh pihak kerajaan ialah untuk mewujudkan suasana yang lebih baik untuk pekerja dan majikan. Sekiranya MTUC hanya terlalu memperjuangkan pekerja sahaja tanpa memikirkan hak dan kebajikan majikan, akan sampai satu tahap di mana para pelabur akan menarik semula pelaburan mereka dan menutup perusahaan. Apabila keadaan ini berlaku, apakah pemimpin MTUC tersebut mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada para pekerja?

Pemimpin MTUC sepatutnya sedar, keadaan yang menakutkan para pelabur dan majikan untuk berurusniaga di Malaysia adalah satu situasi dan usaha yang sangat-sangat diidamkan oleh puak pembangkang. Ini kerana apabila ekonomi rakyat jahanam kerana tiada pekerjaan, maka mudahlah jarum hasutan mereka berjalan.

Kepada para pekerja, haruslah menilai dengan bijak halatuju pemimpin MTUC anda. Apakah mereka berjuang untuk anda atau untuk poket mereka? Mereka berdegar-degar membela pekerja tetapi adakah diantara mereka yang pernah bergelar usahawan atau menjadi majikan dan pernah membayar gaji kepada lebih dari 50 orang pekerja? Sekiranya tidak, mereka tidak pernah memahami bagaimana murninya hati seseorang majikan yang sentiasa ingin memajukan pekerja dari segi kemudahan kerja, ekonomi dan kehidupan.

Janganlah kerana sikap pemimpin pekerja yang terlalu dahagakan untuk berhaluan kiri, periuk nasi pekerja yang dicagarkan. Tidak ada majikan yang ingin membuka perusahaan sekiranya keadaannya sentiasa tertekan dan amat bahaya apabila yang berduit akan memikirkan bahawa adalah lebih menguntungkan sekiranya duit mereka dilabur dalam bank dari dilabur ke perusahaan yang sentiasa bergolak dengan perangai memeras kesatuan sekerja. Fikir-fikirkanlah.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI