Patut le bermacam alasan dan ugutan dikeluarkan sekiranya kerajaan membubarkan parlimen awal. Rupanya mereka masih lagi berebut pasal kerusi. Entah berapa kali dah mereka bersidang, masing-masing tetap dengan sifat tamak haloba hinggakan masalah pembahagian kerusi pun tak boleh nak selesaikan.
Itu yang diakui baru di Johor aje, mungkin kat negeri-negeri lain pun begitu. Kerusi yang belum tahu boleh menang ke tidak pun boleh bergaduh. Agaknya kalau dapat menduduki Putrajaya, habis sepenggal parlimen asyik berebut kerusi menteri.
Azmin Akui Pembangkang Hadapi Krisis Berebut Kerusi Di Johor
JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui bahawa parti itu masih berhadapan dengan kemelut perebutan kerusi antara PAS dan DAP di Johor dalam meletakkan calonbertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Menurut beliau hingga kini ketiga-tiga parti itu masih belum mencapai kata putus berhubung 'hak' bertanding di beberapa kerusi yang menjadi tumpuan pakatan pembangkang itu.
Jelas Mohamed Azmin, pertikaian berhubung parti mana yang lebih layak bertanding itu berlaku sama ada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Mungkin dalam satu dua minggu ini saya sendiri akan turun ke Johor untuk bersama-sama dengan pemimpin DAP dan PAS bagi melihat kaedah untuk menyelesaikan kerusi-kerusi yang bertindih.
"Jumlahnya kecil sahaja...kurang daripada sepuluh peratus," katanya kepada mStar Onlineketika ditemui selepas majlis perasmian Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Sabtu.
Bagaimanapun Mohamed Azmin yakin bahawa kemelut berkenaan boleh diatasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.
"Kita perlu memuktamadkan secepat mungkin kerana kita menjangkakan pilihan raya sudah semakin hampir.
"Ianya penting untuk jentera kita tumpu di kawasan-kawasan yang akan diwakili parti masing-masing," katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, pembangkang meletakkan harapan yang tinggi untuk merampas Johor pada PRU-13 bagi mengulangi kejayaan mentadbir Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pada pilihan raya lalu.
"InsyaAllah berkat kerja kuat dan sokongan rakyat saya tak nampak sebarang masalah walaupun Johor pernah dilihat sebagai deposit tetap Umno, tapi ini bukan alasan untuk tidak berlaku perubahan," katanya. -mStar
7 comments:
Memang betui..kat Selangor serupa jugak.
Saya baru beli kerusi Italian Set..KERUSI LAMA DEKAT STORE......PKR PAKATAN DATANG LAH RUMAH KAMI.....BEREBUT KERUSI KASIHAN HA...HA..
adi
jangan mimpi pkr
mimpi boleh.
kalah sudah tentu.
Pembangkang dok rebut kerusi pun salah UMNO, Utusan ,Kerajaan , TV3 dan BN.Tu yang shok tu pasai dok boleh pelepas kesalahan dekat orang lain.
Banyak sangat dah dok menfitnah, bohong dan menzalimi rakyat.
Akan sampai masa Pakatan akan dihukum belum PRU dah salahkan pihak lain.
Ini adalah tektik pembangkang untuk menwujudkan keadaan negatif, apabila mereka kalah maka mudahlah untuk mempersalahkan pihak lain.
Bravo Azmin dan juak-juak Pakatan. Teruskan usaha murni klentong rakyat...
klu dh sesama mereka sdri pn berbalah nak rebut kerusi, mcm mana la mereka nk pimpin negara kalau menang PRU nnt...silap2 msg2 rebut nk jd menteri
Post a Comment