TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, November 27, 2011

KENANGAN YANG HARUS DICERITAKAN

Ni dah masuk musim membeli belah untuk keperluan sekolah. Kepada yang bersekolah pada tahun 70an, mungkin item-item kat bawah ni, bagus untuk diceritakan kepada anak-anak. Betapa seronoknya kita ketika itu, walaupun serba kekurangan.

Dapat pakai kasut kanvas Fung Keong dah cukup bagus dari memakai kasut plastik yang menakung air bila hujan dan tak dapat fountain pen Pilot, dapat Youth Hero pun dah bangga selit kat kocek baju.


Namun sekarang, kita sebagai mak bapak dah mewah sikit. Anak-anak dapatlah memilih. Itupun ada juga yang malas lagi nak sekolah!

5 comments:

JoN said...

pehh nostalgia nih x)dulu aku pakai kasut fung keong smpai nganga kat dpan hehe..ye la dulu x mampu nk beli kasut bata, janji leh p skolah

Anonymous said...

bro..tgk item yg lu paparkan teringat zaman sekolah dulu..rasa nk ulang smula zaman tu

Inai Merah said...

Kasut aku pula bahagian getahnya habis lembik kerana panas api dapur. Ingatkan boleh lah kering cepat kerana nak pakai ke sekolah esok.

Saiz 5 terus jadi sais 6, pulak tu sebelah panjang sebelah lagi pendek. Adusss... jiwa lara.

Anonymous said...

He..Hee.. aku ingat fountain pen ni.. masa tu liquid paper tak ada rasanya ataupun mahal kalau tak silap. Jadi bila silap pakai la "Rubber" dakwat, sampai belobang buku rampaian...

Unknown said...

Walaupon ramai kengkawan pakai kasut Warrior dalam kelas, AKU sorang je pakai kasot Pallas Jazz. Selalunya Fung Keong ni awek amoi yg suka pakai. Yesss, pen pilot memang glamer masa tu, AKU punye la kumpol duit raye nak beli. Ntah berapa hari baru beli, kena curi la pulak. Cisss!! Very nostalgic posting.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI