Nampaknya PKR memang berjaya melahirkan manusia yang suka kepada huru hara, terpekik terlolong dan melalak meraung macam tanpa harga diri bila mahukan sesuatu.
Dalam ucapan di Kongres Kuda Kepang, Naib ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berapi-api mengajak diadakan secepat mungkin BERSIH 3.0. Menurutnya tak perlu tunggu keputusan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC). Tak perlu layan PSC. Nak tunggu PSC terlalu lambat. Ini kerana katanya PSC tak akan layan permintaan BERSIH. Agaknya dia sendiri tau bahawa permintaan BERSIH semuanya permintaan orang gila dan tak masuk akal, maka tentunya tak akan dilayan oleh PSC. Kononnya AMK dah tak sabo nak pecah kepala dan pecah lutut.
Yang aku pelik, dulu BERSIH kata mereka bebas dari pengaruh parti politik, tetapi bagaimana sekarang ni pulak? Kalau BERSIH 3.0 PKR yang tolong canang, DAP tolong endorse dan PAS tolong kumpul orang, apakah itu bukan campurtangan politik? Lebih-lebih lagi jika seruan tersebut dibuat di Kongres Kuda Kepang, maka sangat jelas BERSIH dikuda kepangkan oleh puak Pakatan.
Alangkah lebih baik dari melalak pasal isu pilihanraya, bukankah lebih bermakna kumpulkan pengikut ramai-ramai, pergi ke tempat-tempat yang dilanda banjir dan bantu mereka BERSIHkan sisa-sisa banjir. Insyaallah mereka akan kenang pertolongan bersih tersebut dan tentu sedikit sebanyak menambah undi. Apa punya bodoh pemimpin-pemimpin Pakatan ni? Kalau tak pernah tolong rakyat, bagaimana rakyat nak tolong kamu?
3 comments:
strategi lama..buat demo dulu sblm pru utk dptkn momentum mcm pru12 lalu.
setuju..skrng boleh start momentum dah..boleh lajak 2 bulan..
apa lg yg nak dibersihkan???sy pelik, kalau betul dakwaan mereka pilihanraya kita tak bersih, mcm mana pembangkang blh kuasai 5 negeri pd PRU 12 dulu..x bersih lg ke tu??? p tlg bersihkan umah mgsa banjir lg bnyk faedah
Post a Comment