Semalam, ketika merasmikan persidangan sehari "Cina Malaysia Di Persimpangan Politik, anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia dan badan pemikir MCA Insap di Kuala Lumpur, DS Najib telah menyeru kepada rakyat agar membuat pilihan yang bijak dalam PRU 13 nanti. Pemilihan yang bijak dari rakyat amat penting dalam menentukan hala tuju negara, kata DS Najib.
Kita terima seruan DS Najib tersebut dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun, pihak pimpinan tertinggi BN juga perlu membuat pilihan yang tepat dalam memilih calon. Rakyat dah bijak. Mereka akan memilih calon dan parti yang tepat. Tetapi sekira tiada kedua-duanya, mereka akan memilih calon yang tepat. PRU 12 dah membuktikan.
Sekarang bukan zaman kahwin paksa. Sesetengahnya dah bercinta semenjak dari zaman sekolah lagi. Lantaran itulah, dalam menentukan calon untuk PRU 13 nanti, DS Najib dan kepimpinan tertinggi BN perlu bijak. Rakyat tak kenal, mana satu orang Najib, mana satu orang Muhyiddin, mana orang Soi Lek dan juga mana orang Palanivel.
Suara akar umbi penting, kalau tersalah pilih calon, maka kalau parti kalah itu bukan salah rakyat, itu salah pemimpin memilih calon pemimpin untuk rakyat. Maka kerana itulah, dalam artikel yang lepas (SINI), TiS ada mengutarakan agar DS Najib menghebahkan dahulu nama-nama calon yang bakal bertanding. Kalau pengundi tak suka, masih ada masa buat pertukaran. Yang penting, calon tersebut mestilah disukai oleh pengundi. Kalau pengundi dah suka, janji 20 tahun tak tertunaipun masih tak kisah lagi.....itu le bijaknya pengundi! Akal rakyat tak sama dengan akal pemimpin.
1 comment:
Sayang bro..seruan Najib tu sebenarnya mengingatkan kaum2 yang bersidang tu UMNO sedar dan faham matlamat mereka ... malah kalu kita faham betul mengingatkan kaum2 tu jangan perlekehkan orang2 MELAYU.
Apakah kita yang sebangsa masih lagi mahu bertelagah ..bukan kah seharusnya menyusun barisan dan kukuhkan SAF...
wallahuwa'lam
Post a Comment