Kalau tengok pada angin-anginnya, macam dah terlalu dekat sangat PRU 13. Puak Pakatan pun dah sibuk dengan ceramah-ceramahnya. Bahkan hampir setiap malam ada sahaja ceramah diadakan. Itu biarkan dengan mereka sebab mereka memang gemar bercakap dari bekerja.
Yang aku nak tahu dan dengar sangat ialah kalau betul PRU 13 ni dah dekat, maka eloklah DS Najib tunjukkan mana-mana individu yang kononnya akan menjadi calon bagi BN. Ini penting. Sekurang-kurang dah boleh test market dulu. Tengok orang tu laku ke tidak. Tengok reaksi rakyat, reaksi pengundi. Kalau tak laku, masih ada masa nak tukar.
Dah kat hujung-hujung ni kalau tak ditunjukkan betul-betul siapa calonnya, bahaya juga. lebih-lebih lagi terhadap YB-YB yang dah terdengar angin-angin mengatakan tak akan tercalon lagi tu. Nak buat kerja pun dah macam tak bermaya. Maka kalau dinamakan dari sekarang, maka mana yang nama dah naik tu dah boleh bersama-sama dan menyambung kerja-kerja YB sedia ada. Jangan macam pada PRU 12 dulu, sampai pada malam hari pencalonan pun masih ada calon yang masih tak tahu dan tidak yakin akan dicalonkan.
Berkaitan calon ni sebenar kalau BN betul-betul mencari calon yang bersih dan boleh menang, tak apa yang nak dirisaukan kalau dinamakan awal-awal. Rakyat dan pengundi lagi suka. Cuma yang risau ialah bab politiking dalaman parti aje. Tapi kena ingat, yang bagi undi untuk menang, bukannya mereka-mereka yang ada nama dan pengaruh dalam parti tetapi rakyat jelata. Kalau betul calon BN memang dari jenis "cap jempol", maka tiada ruang untuk pembangkang mahupun rakan sendiri untuk membuat cerita yang bukan-bukan.
2 comments:
Sila ambil kira majoriti kaum di sesuatu kawasan.
Letaklah calon mengikut majoriti kaum tersebut terutama di kawasan bandar seperti Puchong misalnya. InsyaALlah BN boleh sapu bersih PRU 13 ni. Percayalah.
bagus la entri ni. critical. takde la puji BN sampai ke langit ketujuh.
kalu ada mana yg salah tu ditegur, yang silap tu diajar.
harap blog ni boleh jadi blog yg kritikal dan bukan blog yang rubbish, suka caci maki tanpa ada pengisian. please, rakyat x suka politik longkang,
dari sekarang BN kena keluarkan manifesto. kot2 program2 yang tak menjadi tu, scrapkan sahaja, x pun perbaiki.
Post a Comment