TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 8, 2012

GHANI PERTAHAN SOI LEK? KESIAN AYUB...


Aku ingatkan aku aje yang heran dengan sikap mendiamkan diri Ghani Othman. Rupanya ramai lagi yang heran dan pelik. Ramai yang tertanya-tanya, kenapa Ghani langsung tidak berbunyi bila Soi Lek kata YB Ayub hilang akal. 

Kenapa Ghani langsung tak bela Ayub? Ayub bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam. Apakah orang Melayu dan Islam tak bebas untuk mengeluarkan pendapat untuk bangsa dan agama mereka?


Suka aku memetik kata-kata Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik yang berkata;
“Selaku pemimpin tertinggi parti Umno di Johor, Menteri Besar perlu pertahankan integriti pemimpinnya dalam konteks kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat. Menteri Besar perlu bersikap lebih serius dan mengambil tindakan tegas terhadap MCA ekoran kenyataan Soi Lek yang menghina pemimpinnya (Ayub).”

Tapi....tapi... apakah Ghani ada keberanian nak tegur Soi Lek? Ghani kena ingat, kalau bukan dia yang membela Ayub yang dihina oleh MCA, siapa lagi? Atau Ghani nak kena tunggu lampu hijau dari .......? 

Di sini suka juga aku nak bagitau kat Ghani, itupun kalau belum tahu lagi. Di peringkat akar umbi sekarang ni, tak kira samada di pihak BN atau pembangkang dah ada istilah ABG. Mungkin belum cukup popular, tapi jangan tersalah langkah, ABG boleh jadi sepopular TIBAI. Tau tak apa tu ABG? ASAL BUKAN GHANI!


2 comments:

Anonymous said...

Betul bro..walaupun kite x sokong pas, x semesti kite x nak undang2 Islam ditegak kn..kalau sy jd yb ayub, sy x sebut hudud tp undang2 Islam

Anonymous said...

Tempat yang tok gani kalah teruk nanti adalah kawasan Ledang sendiri....

Walau pun gua pun penyokong UMNO...tapi gua dah dapat hidu bibit2 pincang di kawasan tok Gan sendiri.....Harap tok Jib ambil perhatian....

Sepatutnya Tok Gan kena tekankan sumbangan MCA kepada BN...kawasan MCA sendiri dah hancur(lihat Tangkak)siapa yang beri kemenangan kepada MCA dan apa situasi sebenar yang berlaku...bukan jadi kambing hitam nak pulihkan imej MCA.....pengundi cina dah terbukti boleh sokong PAS..maknanya setuju juga dengan agenda PAS....kenapa nak takut dengan undang-undang berlandaskan Islam. Tok Gan kena pandai ambil peranan...jangan ashik jaga berapa kerat pemimpin UMNO kawasan tetapi akar umbi masih parah......kita tak boleh bergantung harap kepada pengundi tua BN...kerana mereka sudah semakin berkurangan ditelan usia yang menganti anak cucu yang lebih agresif dan celik....

Berhati-hati lah tok gani...bila ada yang tegur bermakna ada yang sayang.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI