Satu pertanyaan, selamatkah kedudukan politik pemimpin yang melompat ke dalam Pakatan? Apakah mereka yang melompat ini akan ditatang, diberikan jawatan, dan sebagainya?
Sebagai penyokong BN, aku sangat-sangatlah mengalu-alukan mana-mana pemimpin yang ingin melompat ke Pakatan. Lagi cepat lagi bagus, tak payah tunggu nama tak tercalon untuk PRU baru nak melompat.
Hidup dan selamatkah mereka yang melompat tu dalam Pakatan? Apakah Nuar dan teamnya akan berbelanja berhabisan untuk mereka yang melompat tersebut?
Jangan mimpi! Semakin berjawatan seseorang yang melompat, maka semakin curiga puak-puak Pakatan terhadap mereka. Mereka yang melompat inilah yang Nuar dan puak-puaknya takut. Takut mereka lompat dan tikam. Bukan kueh aje yang ada 'lompat tikam', tapi politik lagi kuat lompat dan tikamnya.
Orang yang melompat inikah yang mahu dipilih sebagai pemimpin? Kalau hari ini dia boleh lompat dan menikam tuannya yang dahulu, tak mustahil suatu hari nanti mereka akan melompat lagi dan tikam tuannya yang baru. Kalau pemimpin ini mengkhianati perjuangan yang dulunya dia ajak kita rakyat marhaen bersama-samanya, tak mustahil setelah tiada perjuangan, maka rakyat pula yang dikhianati.
Kalau puak Pakatan begitu teruja dengan lompatan pemimpin BN, diharapkan agar kepimpinan tertinggi BN janganlah berbangga dengan tokoh-tokoh lompat yang mengendeng tempat di dalam BN. Ingin menguatkan parti, carilah ahli biasa untuk lompat, bukannya menjulang pemimpin yang melompat!
No comments:
Post a Comment