TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, December 22, 2012

APA YANG PERLU DISELAMATKAN?


Sekarang ni ada sekumpulan manusia yang sibuk keluar masuk Felda, kononnya nak selamatkan Felda. Apa yang mahu mereka selamatkan? Apa jasa mereka kepada kemajuan Felda? Apa sumbangan mereka terhadap Felda?

Kepada warga Felda yang telahpun mengecapi nikmat hidup, dapat keluar dari kepompong kemiskinan, telah dapat memajukan diri dan keluarga, telah dapat menikmati taraf ekonomi yang baik, harus ingat, anda memang WAJIB menyelamatkan sekurang-kurangnya Felda di mana anda menghuni sekarang.

Apa yang perlu anda selamatkan? Selamatkan Felda anda, jiran-jiran anda, anak-anak dan waris Felda dari termakan dek hasutan dan fitnah dari sekelompok manusia yang kononnya mahu menyelamatkan Felda. Sekelompok manusia inilah yang bakal meranapkan masa depan anak cucu Felda dengan tohmahan-tohmahan jahat mereka yang sekiranya tidak disedari oleh warga Felda, mampu memecahbelahkan kesatuan masyarakat Felda, menjadikan warga Felda sebagai insan yang kufur nikmat dan tohmahan-tohmahan jahat mereka juga yang akan menggagalkan transformasi Felda untuk menjadi syarikat bertaraf global yang akan memberikan pulangan yang lumayan untuk warga Felda.

Sekiranya warga Felda tidak berhati-hati dengan kelompok ini, mereka hampir berjaya mengucar-kacirkan Felda, umpamanya saham FGV agak dingin kerana kebimbangan pelabur dan KPF yang bergoncang kerana angkara mereka. Untuk selamatkan Felda, TOLAK ANAK DAN PAKATAN RAKYAT dari bertapak di Felda anda. Tiada ANAK, tiada PAKATAN RAKYAT, Felda anda selamat!


1 comment:

zgmail said...

selamatkan budak jambu dari dinodai oleh anwar ibrahim!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI