TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, December 14, 2012

BERPINAR MATA


Tu dia, berpinar biji mata melihatnya. Jumlahnya bukan sedikit. Diberitakan, jongkong emas yang tersimpan di bahagian bawah tanah Bank of England berjumlah £197billion. Wowww...banyak tu. 


Berapa banyakpun England mampu simpan jongkong emas, aku tak le berapa heran, cuma kat kepala aku tertanya-tanya ialah agak-agaknya dari jumlah tersebut, berapa banyak agaknya yang diwarisi hasil dari menjajah negara kita dahulu?

Kalau kita tengok, negara penjajah ni memang tak ada yang miskin. Maka dah dapat kemerdekaan ni, eloklah kita pelihara dengan sebaik-baiknya kemerdekaan tersebut agar tidak dijajah semula. Bersatulah sebagai rakyat negara yang merdeka. Mana yang gila kuasa tu, fikir-fikirkanlah. Jangan pulak kerana terlalu gila nak berkuasa, tak dapat sokongan dari rakyat sendiri, maka mencari pulak sokongan dari luar. Itu semua adalah bunga-bunga untuk negara dijajah semula.

Mahukan kuasa, rakyat Malaysia sudah cukup bijak, sudah cukup cerdik untuk memilih. Tak perlulah minta pertolongan dari orang asing. Kalau tak terpilih tu, maknanya rakyat tak suka le. Dan....rakyat yang mengundi juga perlu bijak dan cerdik untuk menolak mana-mana calon yang lebih percayakan orang luar dari rakyat negara sendiri. Ada ke patut, nak pilihanraya nak suruh negara luar yang pantau, apa?...ingat orang Malaysia ni bodoh, buta atau tak tau mengira?


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI