Dek kerana PRU yang semakin hampir, pemimpin PAS Johor sanggup buat rombongan ke Pengerang dan bertafakur depan colok ketika mengunjungi mayat Pang Kim Yong, isterinya Ong Ah Eng, dan anaknya OKU Pang Kee Hoo, yang membunuh diri di rumahnya Kg Jawa, Pengerang.
Puak-puak ni, segalanya ingin dijadikan kesempatan untuk menyalahkan kerajaan BN. Tak pernah pula mereka rasa bersalah kerana menakut-nakutkan penduduk Pengerang hingga ada yang sanggup membunuh diri.
Rasanya kalaulah puak-puak ini tidak menimbulkan ketakutan dan keresahan di kalangan penduduk Pengerang dengan isu-isu yang samar, tentu tiga beranak ini masih lagi hidup dan tidak membunuh diri dan mungkin akan menjadi sebahagian dari penghuni di perbandaran baru dengan memiliki harta sendiri. Tanpa RAPID, sampai bila keluarga ini ingin hidup menumpang? Dengan adanya RAPIDlah, keluarga-keluarga miskin seperti ini berpeluang memiliki harta sendiri dan tidak menumpang di tanah orang lain walaupun terpaksa membayar sedikit untuk harta tersebut.
Janganlah dikatakan kerajaan BN zalim. Walau tanpa apa-apa tanah yang diambil, dengan hanya berbekalkan sebuah rumah yang menumpang yang bila-bila masa sahaja boleh diusir oleh tuanpunya tanah, kerajaan BN masih lagi membayar pampasan sebanyak RM20,000.00. Memanglah jumlah tersebut tidak cukup untuk memiliki sebuah rumah baru, kenalah beransur membayar sedikit demi sedikit hingga ianya menjadi harta sendiri. Mana ada yang percuma sepenuhnya sekarang ini? Sedangkan orang-orang PAS yang cuma bermodal air liur sahaja menjual fitnah, juga meminta imbalan dengan menjaja karung derma!
No comments:
Post a Comment