Siang semalam, aku sempat berprogram dengan penduduk Felda Inas, Kulai dengan penceramahnya ialah Datuk Nasir Safar, Presiden Veteran MAYC. Aku tertarik dengan satu ayatnya.
"Setiap seorang menyumbang 50 cukup". Ha...ha...ha... 50 apa tuu? Sebenarnya Datuk Nasir mengingatkan bahawa tugas untuk memenangkan parti pada PRU 13 nanti bukan sahaja terletak atas bahu jentera parti dan calun yang bertanding sahaja. Kita juga yang menyokong perjuangan parti mampu menyumbang. Bagaimana kita menyumbang?
Tak payah banyak dan tak banyak manapun modalnya. Cukuplah setiap dari kita yang hampir kesemuanya memiliki telefon bimbit pada ketika ini, menghantar kepada keluarga, saudara mara dan kenalan kita yang kita andaikan setiap orang mempunyai 50 nombor sahaja tersimpan di memori telefon kita, dengan sebaris SMS yang mengingatkan serta mengajak mereka agar tidak lupa untuk memberikan undi kepada calun-calun BN.
Aku nampak saranan Datuk Nasir ini amat besar impaknya. Bayangkanlah kalau nombor telefon kita sendiri ada disimpan oleh beberapa ratus orang yang terdiri dari ahli keluarga, saudara dan rakan-rakan dan kesemuanya memberi SMS kepada kita dengan menunjukkan kesemua mereka menyokong perjuangan BN, apakah kita ingin menjadi kera sumbang berseorangan menyokong pembangkang? Apakah kita mahu berlainan dari mereka?
Ingat mengingatkan sesama kita melalui SMS ini amat mendalam kesannya. Apa tidaknya, kalau ketika semua kenalan kita bercakap tentang sokongan kepada BN dan cuma kita sahaja yang menentangnya, seolah-olah samalah bunyinya seperti ketika kesemua kenalan kita menghantar SMS Selamat Hari Raya, apakah kita ingin membalasnya dengan menghantar SMS Gong Xi Cai ataupun Merry Christmas? Eloklah kita fikir-fikirkan dan cuba sumbangkan peranan kita untuk memenangkan perjuangan UMNO dan BN dalam PRU 13 ini. Insyaallah.
Sebagai cuci mata, jom tengok betapa semangatnya warga Felda Inas ini.
No comments:
Post a Comment