Hebattt....siang tadi hampir 2000 peneroka Felda berkumpul di Dewanraya Felda Air Tawar 2. Ini bukannya program politik, tetapi program penerangan tentang FGV dan juga perniagaan Felda dengan lebih terperinci oleh ahli panel Gaprof (Gabungan Pemikir Profesional Anak Felda) Datuk Khairil Anuar.
Program yang memberikan kefahaman yang lebih jelas lagi kepada warga Felda tentang perniagaan FGV dan menolak segala tohmahan oleh pihak pembangkang. Dengar khabarnya, Mazlan Aliman juga dijemput, tapi tak nampak pulak bayangnya untuk duduk sama-sama dengan warga peneroka agar lebih jelas lagi pemahamannya tentang FGV ni.
Nak cerita tentang perniagaan FGV dan manfaatnya kepada warga peneroka dan juga negara, terlalu panjang, namun cukuplah dikatakan bahawa amat bertuahlah warga peneroka dengan adanya FGV ini. Dengan FGV inilah, perniagaan Felda akan keluar dari kepompong kelapa sawit ke perniagaan-perniagaan lain yang lebih mencabar serta lebih menguntungkan serta bertaraf dunia.
Ingatan kepada warga Felda, berbanggalah dengan FGV dan percayalah bahawa keuntungan besar bakal diterima oleh warga peneroka namun ianya memerlukan kesabaran kerana sebagaimana kata Datuk Khairil, perniagaan FGV bukanlah seperti berniaga tauge yang boleh dituai hasilnya hanya selepas sehari disemai dan disiram!
Akhirnya, melalui sesi soal jawab selepas majlis penerangan tersebut, jelas segala kekeliruan yang dihadapi oleh warga peneroka telah terungkai dengan jawapan-jawapan yang diberikan. Ha...ha...ha..., nampak gayanya semakin pahit le ANAK dan Mazlan nak jual temberang kepada warga peneroka.
No comments:
Post a Comment