Siapakah beliau? Adakah ini salah seorang calun MB Johor dari PAKATAN yang bakal menggugat impian beberapa calun lain yang telah memasang angan-angan untuk menjadi MB Johor sekiranya PAKATAN menang dan menerajui kerajaan Johor selepas PRU 14 nanti?
Pakatan Harapan dilihat memang begitu bernafsu untuk menerajui kerajaan Johor selepas PRU 14 nanti. Kalau dahulu, kita lihat antara calun-calun yang dijangka akan ditonjolkan ialah mantan TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM dan juga Haji Salahudin Ayub dari AMANAH.
Itu dulu. Itu sebelum DAP menunjukkan yang parti mereka juga berminat dengan jawatan MB Johor itu sekiranya PAKATAN menang dalam PRU 14 nanti. Bagaimanapun, apabila DAP mengumumkan Sheikh Omar Ali sebagai calun DUN N30 Paloh, dan dikuatkan pula dengan kenyataan Liew Chin Tong dalam Konvensyen DAP Johor pada Oktober 2015 bahawa DAP perlu melengkapkan diri sebagai bakal pewaris kerajaan Johor, maka tindakan meletakkan Sheikh Omar Ali itu sebagai satu tindakan melengkapkan diri untuk DAP menerajui Johor dengan Sheikh Omar Ali sebagai calun MB Johor DAP.
Dalam PAKATAN Johor, sejak sekiannya, dulu PKR dilihat mengambil sikap berdiam diri. Mungkin agaknya dikalangan PKR Johor, mereka masih boleh menerima sesiapa sahaja calun MB dari PPBM ataupun AMANAH. Apakah PKR Johor juga akan menerima calun MB dari DAP? Pasti menarik persoalan ini.
Umum mengetahui, Pengerusi PKR Johor merupakan otai politik. Gerak kerjanya tidak dijangka. Namun begitu, dalam tidak dijangka dan diam itu, yang tersirat mungkin dapat dibaca. Diam-diam Pengerusi PKR Johor, diam-diam ubi.....
Ada pertanyaan, apakah tujuan Pengerusi PKR Johor mengundang TKM 1 Pulau Pinang YB Dato' Haji Mohd Rashid Hasnon ke rumahnya? Menurut sumber yang boleh dipercayai, ia adalah satu usaha memujuk agar TKM 1 Pulau Pinang itu untuk bertanding di DUN Negeri Johor dan seterusnya merupakan calun MB Johor dari PKR!
YB Dato' Haji Mohd Rashid merupakan anak kelahiran Johor. Dengan memiliki ijazah Master dalam Pentadbiran Perniagaan dari UKM dan memiliki pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang, maka kiranya benar, calun MB Johor dari PKR ini bukan sahaja mampu menggugat TSMY dan Salahudin Ayub, malah pastinya meninggalkan jauh calun MB dari DAP.
Umum menjangkakan, DAP pasti akan meletakkan calun Melayu sebagai persiapan untuk menerajui kerajaan kerana DAP sebenarnya tidak pernah yakin kepada calun PPBM dan AMANAH kerana DAP masih beranggapan yang mereka itu merupakan pelarian UMNO dan PAS.
Namun apabila DAP meletakkan calun Melayu, PKR pula dilihat mengorak langkah. Sekiranya ini terjadi, maka jelaslah perselisihan antara DAP dan PKR bukan hanya di Pulau Pinang sahaja. Sama-sama kita lihat.
No comments:
Post a Comment