TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, June 26, 2011

1248

1248 laporan polis bagi membantah perhimpunan BERSIH 2.0 telah dibuat sehingga semalam. Laporan polis yang banyak bagi sesuatu hal ini merupakan isyarat jelas bahawa majoriti rakyat Malaysia tidak suka kepada sebarang bentuk kekacauan. 

Tangkap pencetus kekacauan
Sudah sampai masanya, ketegasan pihak berkuasa dalam menangani BERSIH 2.0 dituntut. Masa untuk amaran dan nasihat sudah berlalu. Rakyat sudah bosan. Rakyat mahukan keamanan. Walaupun tidak kaya, tetapi rakyat kebanyakkan mahu hidup dalam tenang, mudah untuk mencari rezeki, boleh bersiar-siar dengan keluarga dihujung minggu tanpa ketakutan dan bebas bergerak tanpa gangguan keganasan.

Kerajaan tidak boleh takut dan bimbang tidak popular kerana bertindak terhadap kumpulan penentang kerajaan. Jangan sampai rakyat ramai yang tidak suka kepada kekacauan pula yang memandang kerajaan sedia ada sebagai tidak popular kerana lambat bertindak.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI