Kerajaan memperuntukkan 500 lagi biasiswa untuk lepasan SPM cemerlang melalui 1MDB. Aku cuma berharap agar kali ni kerajaan lebih berhati-hati dalam membuat pemilihan tu. Kalau boleh bukan setakat berapa A nya aje yang diambik kira. Bukan setakat berapa income mak bapak dia.
Cuba luaskan lagi skop pemilihan. Dalam zaman IT ni, dapatkan maklumat mak bapak dia. Dapatkan feedback dari, sekolah, ketua kampong, sesekali masuk kat akaun FB dia tengok apa yang dia orang merapu.
Kita kalau boleh tak mahule nanti bila dah berjaya dapat orang-orang yang tak kenang budi. Kita mahukan rakyat pandai yang bijak, bukan setakat pandai aje. Jangan nanti masa susah, semua mintak tolong dengan kerajaan tapi bila dah berjaya bukan setakat tak nak bantu kerajaan, malahan menyusahkan kerajaan.
Wahai orang-orang pandai yang tak bijak, ko orang tahu tak, kalau kerajaan susah, engkopun susah, rakyat semua susah. So, jangan menyusahkan kerajaan. Bandingkan kerajaan lain kat dunia ni, kalau tak de duit nak gi melancung, dapatkan aje maklumat kat internet. Jangan bandingkan kesenangan orang lain dengan kesenangan engko, tapi bandingkan kesusahan orang lain dengan kesusahan engko. Nescaya ko akan tau bersyukur.
No comments:
Post a Comment