TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, June 26, 2011

GUNA PARANG BABI SEMBELIH KJ

Selepas Ambiga, KJ Pula Terima SMS Ugutan Bunuh
SEPANG, 26 Jun (Bernama) -- Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) ugutan bunuh tengah malam tadi yang ditujukan kepada anggota Pemuda Umno yang akan menyertai perhimpunan 9 Julai ini.

SMS itu, yang diterima jam 12.18 tengah malam dari nombor yang tidak dikenali (pemiliknya) turut mengandungi kata-kata kesat yang mengugut untuk 'menyembelih' anggota Pemuda Umno yang ditemui di perhimpunan itu nanti.


Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini Ahad, Khairy berkata laporan polis mengenai perkara tersebut akan dibuat oleh setiausaha pergerakan itu Datuk Megat Firdouz Megat Junid, yang turut menerima SMS serupa dari nombor yang sama.


Saya nampak ini perkara yang amat bahaya sekali dan mengancam keselamatan dan seolah-olah memberi satu ancaman terhadap mana-mana anggota Pemuda Umno yang ingin turun pada 9 Julai.


Mengenai penganjuran perhimpunan tersebut, Khairy berkata pihaknya masih belum menerima panggilan daripada Bukit Aman untuk memberi sebarang keterangan mengenainya.


Sebelum ini, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan menerima SMS ugutan bunuh, juga mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan Bersih pada hari yang sama.


-- BERNAMA
Marah KJ...tak de yang kisah dia nak kena sembelih
 Kah...kah...kah,
Kesian KJ. Dia kena ugut, Hisham sampai petang tadi sepi aje. Polispun masih belum tanya dia apa-apa lagi.  Agak-agaknya dia orang memang dah malas nak jaga KJ lagi. Tu le...tak de kojo cari kojo. Tapi  aku rasa KJ tak repot polis pun tak ape. Peluru Yahudi kat Israel lagi ganas, sanggup dia tagak. Inikan pulak setakat nak sembelih. Jangan-jangan yang ugut tu nak sembelih pakai parang babi kot.

 

6 comments:

Anonymous said...

APALAH CELAKA BADAN.. TEST MARKET PUN TAK LAKU..ALAHAI..

AMBIGA @ ANDABIAWAKA! SEKALI TEST.. TERTONGGENG2 POLIS CARI MAKLUMAT.. KDN TERKANGKANG2 BAWAK TELOR CIPUT ARAH SANA ARAH SINI.. SUNGGUH CEPAT DAN CEKAP..HE..

EH..BUKAN KER PAK KUDIN KDN DULUNYA ORG BAHAGIAN TENGGARA??

KEKEKEKEKE.... DI ISYTIHARKAN MB DAN AHLI PARLIMEN BARU.. WAKAKAKA

Ular Menyusur Akar said...

Ohhhh tobat lahom. Janganlah si Kudin tu jadi MB Johor.

Anonymous said...

Keldai Jantan molek doh kalu anto ke mesir le ni. Tahpu bila masuk raya haji...... korbankan aje. Benci sesangat doh tengok muka jibauk sekor ni.

Penditakainsingkat said...

benih yg disemai oleh Pak Lah dalam tubuh UMNO ni nampaknya semakin menjadi liabiliti.

Anonymous said...

hidup kj...teruskan perjuangan anda

AJAI62 said...

Assalam bro

Siapa pulak makluk malang yang ugut nak bunuh KJ menantu Pak Dollah ni... Jangan buat kerja bodohlah... KJ ni orang UMNO sendiri tak layan apa lagi aku ni rakyat biasa... Jangan selalu buat gempak..doa tu????

ARTIKEL HANGAT BULAN INI