TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, June 14, 2011

KELDAI POLITIK

Negara kita tak sunyi dengan cerita keldai. Keldai di Malaysia, bukanlah keldai binatang yang bodoh tu, tetapi Keldai di Malaysia ialah sekumpulan manusia tongong.

Kita belum habis lagi dengan masalah Keldai Dadah, kini wujud pulak Keldai Politik. Manusia yang jadi Keldai Dadah ni adalah disebabkan sifat tamak, bodoh yang ingin mencari kesenangan segera. Keldai Dadah taklah seberapa kesannya kepada negara dibandingkan dengan keldai politik.

Keldai Politik pula tersangatlah besar bahayanya kepada kelangsungan sesuatu bangsa, negara, agama dan tamadun. Keldai Politik tersangatlah pandai berpura-pura membawa agenda politik untuk disesuaikan dengan keadaan dan perjuangan (kononnya) walhal perjuangan yang tersirat tidak lebih dari menjadi orang suruhan yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi.

Keldai Politik adalah petualang kepada agama, bangsa dan negara. Manakan tidak, sekiranya hanya dengan janji molok yang belum tentu hasilnya lagi, telah sanggup untuk menjadi suruhan. Bagaimana sekiranya dilonggokkan pelbagai kekayaan dan kebesaran di depan mata? Keldai Politik ini bukan sahaja sanggup menjadi suruhan malahan agama, bangsa dan negara sanggup dipertaruhkan. Keldai politik ini lebih jijik dari pelacur (malahan keldai ini ada yang melanggan pelacur).

Berhati-hatilah dalam memilih pemimpin!!!

2 comments:

Unknown said...

Salam. Kepada rakyat, pemimpin dikalangan Pakatan Rakyat, wajib di tolak.

TiS said...

Salam saudara IBM,
Sama-samalah kita menyedarkan orang Melayu.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI