TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, June 19, 2011

RINGAN-RINGAN PAGI MINGGU

 Kepada sesiapa yang pernah melalui zaman menggunakan dua peralatan ini, pasti tahu bagaimana seronoknya kehidupan pada ketika itu.

Hidup memang serba serbi kekurangan. Pergi sekolah paling handalpun pakai kasut Fung Keong. Baju sekolah "tajam" pasal masa basuh rendam dengan kanji supaya senang bila nak gosok. Masa itu TV hitam putih menggunakan bateri kereta, pun tak semua orang mampu, nanti masa tengok TV bukanlah masa yang ada privasi, kerana jiran-jiranpun akan turut sama menumpang.

Tapi kehidupan ketika ini aman damai. Dua tiga kampung orang kita kenal dan orang kenal kita. Bila ikut bapak kat surau ke kat warung, orang tak da yang bercerita politik. Memang seronok lah pada masa itu.

Yang paling aku ingat, pada ketika itu, Cina dan India tidaklah sekurang ajar sekarang. Mungkin pada masa tu adalah generasi yang tahu asal usul. Atau adakah kita Melayu yang terlalu memberi muka?

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI