Keresahan pelbagai pihak semakin dapat dirasakan mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan. Walaupun perbagai bantahan demi bantahan telah disuarakan, namun sehingga hari ini belum nampak apa-apa tindakan dari KDN yang dapat meyakinkan rakyat yang bencikan keganasan bahawa perhimpunan tersebut akan gagal.
Apa yang jelas, telah semakin banyak pihak yang menentang perhimpunan tersebut kini ingin bertentang berhadapan dengan penyokong Bersih 2.0 pada hari tersebut.
Similia similibus – kalau air masuk ke telinga, hendak dikeluarkan perlu memasukkan air juga ke telinga, jika terkena racun, maka racun jugalah penawarnya. Mungkin atas dasar inilah yang akan menggerakkan lebih ramai lagi penyokong dan penentang Bersih 2.0 yang mana jika berlaku pertembungan ianya bukanlah lagi akan menjadi penawar sebagaimana konsep similia similibus.
Atau adakah pihak KDN atau penganjur Bersih 2.0 ingin menjadikan pertembungan itu nanti sebagai satu lagi sejarah hitam negara. Sekiranya pelbagai bantahan yang dilontar tidak diendahkan, ayoh lancarkan pula K.O. Bersih. Biarkan Bersih 2.0 bertemu K.O Bersih.
1 comment:
samala samalebus...kekekeke
Post a Comment