TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, June 29, 2011

TERIMA KASIH PDRM

Syukur, akhirnya Polis telah mula bertindak. Penangkapan demi penangkapan telah dibuat ke atas individu yang terlibat dengan penganjuran BERSIH 2.0.  


Selain dari itu, jaminan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa pihak Polis akan menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada untuk menggagalkan perhimpunan BERSIH 2.0 sangat-sangat melegakan rakyat. Ini kerana menurut KPN, sumber dari perisikan Polis mendapati adanya usaha dari beberapa pihak termasuk pihak asing yang cuba mengambil kesempatan dari situasi perhimpunan tersebut.


Undang-undang yang keras juga akan digunakan kerana pihak Polis yakin sekiranya perhimpunan tersebut tidak dihalang, ia akan menyebabkan kacau bilau, kerosakan harta benda, kecederaan malahan boleh juga menyebabkan kehilangan nyawa.


Ketegasan pihak Polis dalam memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia melalui penguatkuasaan undang-undang akan terus dihargai oleh rakyat. Bagaimanapun, sebelum terlambat, mereka yang berdiri di barisan hadapan penganjuran BERSIH 2.0 itu, yang memperolok-olokkan undang-undang perlu segera ditangkap. Sekiranya tidak, besar kemungkinan mereka ini yang mempunyai kewangan yang kukuh akan terlepas keluar dan akan menggunakan medan asing untuk memburuk-burukkan Malaysia.



1 comment:

Anonymous said...

Polis da lama nak bertindak...fahammmmm tp menteri dok backing puak2 mangkuk tu dgn amaran amaran amaran...moral polis da jatuh parit..era pak lah polis moral dalam tong taik....nak bersihkan polis konon bersihkan diri dan keluarga sendiri dulu... saam dgn king of the Jubur tu...BERSIH kan najib dosa taik kau tu dulu...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI