TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 17, 2011

ANTARA PAS DAN DAP -SIAPA AKAN CERAIKAN SIAPA

Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan telahpun mencadangkan agar DAP  meninggalkan Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh enakman melarang operasi pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan  di Kedah.

Nampak jelas, bagi DAP, hiburan adalah sangat penting dan mengikuti cara Yahudi, hiburan adalah candu yang wajib dihidangkan untuk melalai serta menjadikan rakyat lupa akan permasalahan sebenar pemerintah. Bagi DAP, rakyat bukan seharusnya disekat dari berhibur, tetapi harus terus disogok untuk berhibur.

Sebenarnya di sini, DAP sangat jelas dengan halatuju perjuangannya, iaitu kuasa boleh diraih sekiranya rakyat seronok. DAP tidak mahu rakyat dibatasi undang-undang. Bagi DAP, undang-undang hanya menyekat kebebasan. Pemimpin DAP tidak suka undang-undang. Bagi DAP setiap orang boleh buat apa sahaja kesukaan mereka dan tidak menjadi kesalahan. Yang menjadi kesalahan ialah apabila kesukaan seseorang itu disekat oleh undang-undang. 

Cabaran untuk keluar Pakatan Rakyat menunjukkan DAP hanya memandang sebelah mata sahaja undi Melayu dalam Pakatan. DAP sudah yakin, pengundi Cina telah sepenuhnya menyokong mereka. Mereka yakin, mereka tidak berharap kepada undi Melayu, mereka yakin parti lain dalam Pakatan tidak mampu menyumbang apa-apa dalam perjuangan mereka untuk mengkomuniskan Malaysia. Kejayaan mereka di Pilihanraya Negeri Serawak mampu membuatkan mereka mendabik dada.

PAS hanyalah melukut di tepi gantang. DAP nampak, pemimpin PAS tidak konsisten dalam perjuangan mereka. PAS hanya layak jadi budak suruhan mereka. PAS akan terkebil-kebil jika diherdik. PAS akan meminta maaf sekiranya menyinggung perasaan DAP walaupun DAP tidak pernah meminta maaf jika tersinggung perasaan PAS.

Mana pemimpin PAS yang cakapnya berdegar-degar bila berdepan sesama Melayu? Mana pemimpin PAS yang begitu garang dengan UMNO? Mengapa bila berdepan Melayu, bila berdepan UMNO, pemimpin PAS laksana Jebat, tapi dengan DAP terus menikus, kecut telor, ketar bibir nak bercakap.

Kita lihat pula kali ini, samada DAP ceraikan PAS atau PAS yang akan ceraikan DAP. Nampaknya cita-cita Hj Hadi nak jadi PM hampir terkubur. 

 

2 comments:

Anonymous said...

Pemimpin PAS memang mempunyai jiwa yang kecut dan kerdil, kerana dunia dan kuasa sanggup menjual agama dan bangsa...patut dimaki butuh pakhang je'

Anonymous said...

DAP tak perlu keluar dari PR kerana PAS akan tunduk kepada kehendak DAP

Hukum Allah sudah tidak dipakai oleh PAS lagi!

Yang pentingnya Anwar Jadi PM!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI