TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 26, 2011

BIOMETRIK ATAU DAKWAT KEKAL? NIK AZIZ PILIH YANG BERSIH

“Perkara bersih perlu disokong, perkara yang kotor kita kena tolak. Mana-mana perkara yang rosak atau meragukan kita kena tentang,” itu kata-kata Nik Aziz bila ditanya tentang biometrik.
Mu tengok.....tapok tange ambo...bersih. Tak dok dakwak.
Tapi cakapnya masih berpusing-pusing lagi, belum ada noktah. Cubalah Nik Aziz permudahkan cara penilaian dan berlapang dada dalam menafsir sesuatu hal, bukankah senang? Antara dua perkara, pertama hanya imbas jari di mesin pengimbas dan kedua celupkan jari ke dalam dakwat kekal yang entah berapa hari akan mencacatkan rupa pandangan. Manakah yang bersih?

Anak kecil berumur 2 tahun setengah pun tahu menjawabnya. Ini saya buktikan apabila jari saya terkena dakwat printer dan apabila anak saya melihat saya membasuhnya berkali-kali dan tidak hilang, ini kata anak saya mengadu kepada isteri, "mama, tangan abah busuk!!!"....mungkin dia tak pandai lagi nak mengatakan kotor.

Baca kenyataan Nik Aziz di SINI


 

3 comments:

Anonymous said...

Kaedah Biometrik

Saya selaku rakyat Malaysia dan pengundi yang berdaftar, mencadangkan SPR supaya “pembaca kad biometrik” disambungkan kepada sebuah monitor besar atau skrin besar di setiap saluran mengundi.

Melalui kaedah ini, semua wakil calon dan pegawai pihanraya dapat melihat semua maklumat yang tertera di dalam kad tersebut.

Kaedah ini dapat dirasakan lebih telus dan dapat mengelakkan SPR dari dituduh tidak telus. Biarlah SPR mengeluarkan lebih belanja untuk menggunakan monitor besar atau skrin besar daripada SPR ditohmah, dihina dan dikutuk kerana tidak telus.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Memang sistem ni dapat menghasilkan PRU yang lebih telus seperti yg di inginkan oleh puak pembangkang... Tapi kita kena ingat itu pun kalau puak mereka menang... kata2 NIk Aziz boleh pakai... KALAU MEREKA KALAH? Ada tak kemungkinan akan timbul pulak KISAH JARI-JARI HANTU/SYAITAN, ATAU ADA ORANG KEHILANGAN JARI SEMASA NAK MENGUNDI... Cakap mereka tak boleh pakai Bro...

Anonymous said...

ESOK PAK YANGOAT SERBAN SEBAKUL AKAN TANYA 'ORE CACAT TANGE KUDONG NOK NGUDI GUANO"

ARTIKEL HANGAT BULAN INI