TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, July 20, 2011

DS NAJIB PERLU ROMBAK KABINET

Sedih sekarang tak apa Datuk Seri.
Waima PRU13 akan diadakan dua bulan sahaja dari sekarang, Datuk Seri Najib perlu mengadakan rombakan kabinet. Senario yang ada sekarang tidak menunjukkan bahawa barisan kabinet yang ada benar-benar mampu memikul tanggungjawab untuk menunjukkan bahawa pentadbiran yang ada sekarang ini adalah pentadbiran yang kuat dan berkeyakinan.

Walaupun rakyat mengkritik kerajaan, tetapi rakyat akan lebih hormat kepada kerajaan yang berpendirian teguh dan tegas dalam melaksanakan sesuatu dasar atau dalam menyelesaikan masalah. Tidak menjadi persoalan yang besar sekiranya sekutu atau pembangkang yang menongkah arus pentadbiran. Tetapi sekiranya ahli pentadbiran yang menongkah arus dan dasar kerajaan, maka sangat jelaslah bahawa kerajaan mengalami krisis kepimpinan.

Meletakkan seseorang dalam kabinet atau pengurusan tertinggi kerajaan sebagai calun pilihanraya belum tentu akan memberikan kemenangan kepada BN. Ini telah terbukti pada PRU 12 yang lalu. Kalau sebelum ini, pengundi akan berbangga sekiranya mendapat calun Menteri, keadaan telah berubah. Justru itu, pentadbiran DS Najib juga harus mengambil pendekatan yang sama. Dalam mengukuhkan sokongan rakyat, kalangan Menteri dan Timbalan Menteri tidak semestinya dari kalangan mereka yang mempunyai kedudukan tinggi dalam parti. Rakyat akan menilai BN secara keseluruhannya berdasarkan kepada apa yang dibuat oleh Menteri dan Timbalan Menteri. Lantiklah mereka yang benar-benar mempunyai kekuatan dan ketegasan serta  faham dan yakin akan arah dan hala tuju pentadbiran. Rakyat telah bosan dengan situasi dimana sesetengah Menteri yang mengeluarkan dahulu kenyataan sebelum bertindak, seolah-olah memancing reaksi rakyat. Bagi rakyat, menteri sebegini adalah tidak tahu tugas mereka dan tidak berkeyakinan untuk mentadbir. Menteri yang tidak tahu tugas mereka tidak akan mengemudi negara ke mercu kejayaan sebagaimana yang rakyat harap-harapkan. 

Rasa meluat rakyat kepada seseorang Menteri atau Timbalan Menteri tidak hanya tertumpu kepada kawasan yang diwakilinya sahaja, tetapi ia tersebar ke seluruh negara. Situasi inilah yang akan menyebabkan BN akan kehilangan undi. Lantiklah mereka yang mampu bekerja dan dalam masa yang sama menambat hati warga Malaysia. Berbeza sekiranya seseorang itu hanya Wakil Rakyat biasa, hanya rakyat yang diwakilinya sahaja yang tidak menyokong. Sebelum terlambat, DS Najib perlu bertindak.




7 comments:

HHalem said...

Tuan,
Banyak keputusan yg di buat oleh kerajaan bukan berdasarkan kajian terperinci, tetapi secara 'test-water'. Yakni buat dulu, kemudian tengok reaksi rakyat kemudian.

Respond rakyat bagus teruskan.
Respond x bagus, batalkan. Cara kuno.
Lama kelamaan benci rakyat membuak-buak terhadap pemerintah.

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Tuan HH,
Menteri-menteri tersebutlah yang perlu di pecat. Buat kerja takut-takut dan tiada keyakinan.

sesejuk mata memandang said...

Tuan HH,

Jika ditanya kepada orang Johor siapa kah Menetri yang harus di pecat tak lain tak bukan orang nya adalah DS Hishamudin, Jika di tanya kepada rakyat Malaysia siapa kah Menteri yang harus diundurkan, jawapan nya tetap Hishamuddin, dan jika ditanya kali ketiga siapakah orang menteri yang harus berhenti dari kabinet DS Najib, jawapan nya tetap Hishamuddin.

DS Najib dengar lah pandangan rakyat Sembrong, rakyat Johor dan rakyat Malaysia jika BN masih mahu dipertimbangkan untuk memerintah terima lah kenyataan tak semua adik beradik baik dan bagus.

Anonymous said...

Saya dan rakyat jelata amat setuju dengan komen 1, memang sekarang menteri macam tidak ada IQ atau idea sebab yang buat kerja semua KSU atau pegawai menteri,bila KSU atau Pegawai jenis BANGANG makan menteri pun jadi BANGANG..Rata - rata menteri tidak MENJIWAI cita rasa RAKYAT atau PENNGUNDI. Saya sendiri dalam NGO pernah menghantar surat rasmi kepada menteri yang baru dilantik jadi menteri semata-mata untuk membuat KUNJUNG HORMAT dan mengucapkan TAHNIAH sampai sekarang pun tidak dapat berjumpa dan sedih sekali Surat pun TIDAK BERBALAS.TETAPI jika KETUA BAHAGIAN tidak payah APPOINTMENT pun..
Mengenai komen 2&3, adalah tepat sekali PM buat ROMBAKAN KABINET dan tukar para menetri BANGANG supaya dilantik YB yang betul-betul berani dan bertanggung jawap kepada RAKYAT.Menteri KDN WAJIB kena tukar SEBAB PENAKUT MELAKSANKAN TANGGUNG JAWAP walaupun ada kuasa.ALASAN SAYA, JIKA MENTERI KDN BERTINDAK TEGAS TERHADAP BERSIH maka PERHIMPUNAN PADA 9/7 TIDAK AKAN BERLAKU.SOALNYA KENAPA TIDAK ADA TINDAKAN TERHADAP KETUA DAN PENGUNJUR BERSIH TERSEBUT.Lantik sahaja YB yang garang - garang kat Parlimen..YB BUNG,AZIZ,NOH OMAR dll.Menteri KDN sekarang cuma layak jadi menteri Belia & Sukan atau buang terus kasih pencen..
SEKIAN oleh CounterStrike.

Quantum Metal Consultant said...

Kabinet sekarang adalah yang terbaik walaupun terburuk dalam sejarah selepas kabinet paklah.

Najib akan merombak sekaligus membuat kabinet baru selepas PRU13 samada dalam posisi PM atau Ketua Pembangkang.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Rasanya dah banyak kali blogger mengingatkan Najib supaya merombak kabinetnya didapati bercelaru... Saya sebagai Rakyat yang lahir di Johor pun rasa malu punya Menteri yang teramatlah lembek dan syok sendiri... Si Hisham ni jangan ditukarkan.. pencen kan aje... dan lama sengat dlm kerajaan pun masih takut nak buat kerja...

Anonymous said...

Jangan lupa Smail Sabri dan K Su Koon sekali

ARTIKEL HANGAT BULAN INI