TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, July 28, 2011

ISU WAHABI ADALAH MAINAN KAFIR DAN PEMBANGKANG

Sehingga petang ini, tiada satupun portal online yang melaporkan kenyataan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab. Walhal berita ini telah beredar dari kelmarin lagi kerana ianya telah disiarkan dalam akhbar New Straits Times 27 Julai ini pada ruangan Nation, mukasurat 25. Saya turunkan berita tersebut di bawah ini;

 Ex-mufti "not on watch list"
PUTRAJAYA: Former Perlis mufti Mohd Asri Zainul Abidin has not been put under the goverment's "watch list" as claimed by some quarters for Wahabbism and terror threats.
National Security Council (NSC) secretary Datuk Mohamed Thajudeen  Abdul Wahab, in refuting an online portal report that Asri, along with 40 other Umno ulama, had been lumped in the list, said what transpired during Monday's briefing session was a mere academic discussion focussed on many issues.
"Yes, Wahabbism was raised in the meeting by one of the participants and the on the matter followed suit. There were a lot of opinions shared on various matters, but there was no such thing as the NSC drawing up a list of people for the authorities to watch and we certainly didn't label anybody.

Sebagaimana tulisan saya yang lepas, saya memandang Asri dari sikapnya terhadap politik. Kritikan terhadapnya adalah atas sikapnya berpolitik. Walaupun saya sendiri tidak begitu arif berkaitan Wahabi ini, namun kerana kelantangan Asri dan kesedaran bahawa Asri juga mempunyai pengaruh dalam UMNO maka ada pihak yang cuba mengambil kesempatan agar kerajaan terperangkap dengan isu Wahabi ini. Sekiranya isu ini berjaya dimainkan, ianya bukan sahaja melibatkan Asri sahaja, tetapi akan melibatkan keseluruhan umat Islam dan orang Melayu. Begitulah halusnya permainan mereka yang ingin memecahbelahkan Melayu dan Islam. Sekiranya mereka berjaya, mereka bukan sahaja berjaya memecahkan UMNO tetapi juga umat Islam dan Melayu. 

Di sini kita harus bijak, di gelanggang politik, Asri kiranya mengeluarkan apa jua kritikan dalam suasana politik yang bahang sekarang, harus kita layan secara politik juga. Ini kerana telah jelas kecenderungan Asri lebih mirip kepada politik dari keagamaan itu sendiri. Mungkin pengetahuan agama hanyalah satu bonus kepadanya dan lebih memudahkan perkataannya diterima atau disensasikan.

Nasib baik Ulama muda UMNO tidak melatah sebagaimana Asri. Jurucakap kepada Ulama muda UMNO, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya tidak termakan dengan umpan ini sebagaimana katanya Wahabi: Isunya bukan UMNO, tapi ada pihak yang tidak senang hati dengan kehadiran para ulama dalam UMNO. (ulasannya di SINI)

Jelas sekali ini adalah permainan pembangkang yang mahu menghuru-harakan lagi UMNO dan menambahkan lagi satu imej negatif kepada pihak kerajaan. Sekiranya isu Mazhab yang hendak dipantau, mengapa Syiah yang dikatakan berleluasa di kalangan orang PAS tidak dipantau? Mengapa MInsider yang mula-mula mengeluarkan isu ini tidak menulis kenyataan Datuk Mohamed Thajudeen? Pasti ada sebab yang jelas yang kita semua tahu.



1 comment:

HHalem said...

I say, bila check dgn PakCik Google,
yang lapor dua portal saja.

TS dn NST sahaja.

setakat jam 16.56 27-07-11 rabu

ARTIKEL HANGAT BULAN INI