TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 5, 2011

KHAIRI BELOT PADA PEMUDA UMNO

Menurut satu berita(klik) yang ditulis oleh Shannon Teoh, Khairi Jamaluddin dan Pemuda UMNO sanggup bekerjasama dengan  BERSIH dalam memenuhi tuntutan kumpulan tersebut sekiranya mereka menggugurkan kempen BERSIH 2.0.

Menurut KJ sistem sedia ada memang memerlukan penambahbaikan. Pelik juga aku. Kalau dah tahu perlu ada penambahbaikan kenapa sampai orang menjerit menyalahkan kerajaan baru nak buat. Selama ini berdamping dengan kerajaan apa yang dibuat? Kenapa tak nak buat dengan kerajaan, mengapa perlu tunggu untuk bekerjasama dengan NGO-NGO yang entah mendapat sokongan dari mana dan entah siapa batu apinya.

Jelas sekali KJ ni bukan untuk membuat penambahbaikan, tapi untuk menambah rosakkan lagi keadaan. Engkau buat kenyataan dari Athens, dengan siapa engkau berbincang, dengan siapa engkau mesyuarat. Pemuda UMNO bukan kepunyaan engkau seorang. Hal nak bekerjasama dengan kumpulan yang menentang undang-undang, yang menentang titah YDP Agong bukan hal kecil. Jangan nak rosakkan Pemuda UMNO sebagaimana keutuhan BN yang dirosakkan semasa PRU12.

Kalaupun ingin mencari publisiti, berpada-pada. Setelah engkau mencabar semangat Pemuda berlengan dengan BERSIH, kemudian sebagaimana Nik Ajis, engkau lari keluar negara, kemudian sebelum balik ke Malaysia, engkau berlembik pula dengan BERSIH. 

Kesian Pemuda UMNO Malaysia. Inilah Ketua ko orang yang tersangat pandai meninjau situasi untuk menonjolkan diri.

4 comments:

Anonymous said...

biarlah mamat ni nak kata apapun, ini mungkin tahun akhir dia dlm parti, lepas ni biar dia masuk PR supaya lebih senang aku nak 'titik' dia nii.

Unknown said...

Salam bro.

Tak faham akan penderian budak yg bernama KJ ni. Tak konsisten membuat keputusan. Sat berkobar2, sat dah surrender pulak. Mungkin dia ni kempunan nk jadi Menteri di dlm kabinet.

biarkahlah..kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya Ketua Pemuda Umno M'sia ni. Kemana arah tuju/kiblatnya...

zainalsamsudin said...

ketua yg pendek akal...dia husut semua pemuda agar engkar dgn perentah mahkamah dan titah spb yang dipertuan agung...dia tak sedar bahawa dia telah diprovok oleh pihak sana supaya bersama dengan mereka....menambahkan masaalah pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yg sewajarnya terhadap pendemo bersih....

Anonymous said...

mamat ni adalah ketua pemuda umno yang paling tak berguna. Masa cina india kurang ajar bantai hak melayu, islam dan raja-raja apa dia ada buat. Bila ada isu dia nak tumpang jadi jaguh. Isu bersihpun bila last-last baru nak tumpang sekaki tapi mana sokongan pemuda umno..malu oii!! Play safe dan boleh jadi lalang juga untuk dapat support sume agaknya.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI