TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, July 7, 2011

NIAT PEMIMPIN PAS TIDAK BERSIH

Kecelaruan pemikiran pengikut PAS memang sukar untuk dipulihkan. Entah jin apa yang telah bertenggek di bahu mereka dan membisikkan segala yang onar sebagai benar. Diharap, sekiranya ada pengikut PAS yang membaca tulisan ini, beristighfar dahulu sebelum terus membaca, mudah-mudahan akan terbuka minda dan hati dan seterusnya dapat menimbangkan antara yang baik dan yang buruk.

Penulis tidaklah sama-sekali untuk menidakkan perjuangan PAS, malah agak kagum juga dengan satu-satunya parti yang berjuang atas nama Islam ini. Juga tidak pernah sesekali cemburu apabila dalam pilihanraya PAS mampu memenangi kerusi malah dapat menubuhkan kerajaan untuk beberapa penggal di Kelantan. Tidak juga marah apabila kerajaan Persekutuan terus menyalurkan bantuan kepada negeri di bawah pimpinan PAS ini, kerana tahu bahawa bantuan itu untuk orang Melayu Islam juga.

Walaupun berlainan landasan perjuangan politik, tindak tanduk PAS sebelum ini, walaupun tergamak melabelkan UMNO sebagai kafir, tetapi hati penulis masih lagi belum terguris, mungkin ianya bukan dari hati pendokong PAS tetapi hanyalah semata-mata untuk keperluan politik. Segala label yang dilemparkan diibaratkan salakan adik kepada abang dan abang yang baik sentiasa suka mengalah.

Tetapi tindak-tanduk PAS akhir-akhir ini benar-benar membuatkan penulis terkedu. PAS yang dahulu hanya suka menyakat kini telah keterlaluan. PAS kini telah jauh menyimpang dari arah perjuangannya. Cubalah pengikut-pengikut PAS renungi permasalahan di bawah ini;

Sama-samalah berdoa agar tersedar pengikut PAS dari helah pemimpinnya.
  1. Mengapakah PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang ideologinya mirip kepada komunisme dan hanya lantang memperjuangkan satu bangsa sahaja iaitu bangsa Cina. Mengapa tidak PAS bersekongkol dengan UMNO sahaja kerana sejahat-jahat UMNO, kita berkiblatkan arah yang sama.
  2. Mengapa hanya kerana dalam perkiraan(andaian PAS) bahawa kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO mampu ditewaskan dengan persekongkolan, mengapa PAS memilih untuk bersekongkol dengan DAP yang bukan Islam dan PKR yang penuh dengan masalah. Mengapa tidak membantu memperkukuhkan UMNO dalam menentukan kesinambungan kekuasaan Islam dan Melayu di bumi bertuah ini? Apakah sebenarnya perjuangan PAS, untuk kuasa dan kekayaan atau untuk Islam dan Melayu?
  3. Dalam mengambil hati DAP, PAS sanggup menggadaikan perjuangan menegakkan Negara Islamnya. Memang… negara berkebajikan itu adalah konsep negara Islam tetapi jika tiada perkataan Islam, dimana gahnya perjuangan PAS? BN dan UMNOpun selama ini mengamalkan konsep keIslaman dalam pentadbirannya sehingga dikenali diperingkat antarabangsa. Semenjak merdeka BN dan UMNO memerintah, dunia tidak mengenali Malaysia sebagai negara sekular, tetapi sebagai negara Islam. Negara Islam yang liberal.
  4. Apakah sekiranya berada di dalam Pakatan Rakyat, PAS mampu menerajui dan memimpin yang lain? Keadaan di Selangor telah membuktikan, PAS dipinggirkan. Sekiranya Pakatan mampu sekalipun membentuk kerajaan di Malaysia dengan Pakatan Rakyatnya, pernahkah PAS mencongak, berapakah kerusi Parlimen yang akan dibawanya untuk Pakatan? Akhirnya orang Melayu, orang Islam akan mengatakan PAS menggadaikan perjuangannya. Dengan perwakilan yang sedikit, PAS hanya akan mampu menjadi pecacai DAP dan PKR sahaja.
  5. Dalam begitu kuat melaungkan slogan Islam, mengapa begitu mudah, hanya kerana beberapa isu yang belum tentu kebenarannya, dengan cepat PAS memaafkan Ambiga yang sememang diketahui sangat-sangat memusuhi Islam? Tidak cukup kafir lagikah, atau tidak cukup dajjal lagikah dengan mempersoalkan peranan Mahkamah Syariah, membela dan membantu golongan murtad hingga boleh berganding bahu menentang kerajaan yang selama ini walaupun dituduh kafir dan dajjal oleh pemimpin PAS tetapi telah berjaya menaikkan ekonomi orang Islam, telah membina beribu Masjid, telah sedaya upaya menyekat golongan murtad dan telah mempermudahkan pelbagai urusan orang Islam dan orang Melayu?
Rasanya cukuplah setakat ini untuk renungan pengikut-pengikut PAS. Malah banyak lagi hal yang boleh direnungkan dalam menilai halatuju perjuangan PAS untuk Islam dan Melayu. Sama-samalah kita berfikir sejenak. Selaku pengikut, anda tidak perlu ikut pemimpin terjun ke perigi buta. Tanya sama Pok Nik, mengapa berpusing ke Haadnyai sedangkan anda telah dijanjikan ke Johor Bahru sewaktu menaiki bas?

 

1 comment:

Anonymous said...

persoalan buat org UMno... apakah Pas mahu bersatu dgan Umno jika Umno mngajak ntuk bersatu atas nama prpaduan Melayu?? apabila Umno trdesak & trsepit maka kdengaran suara2 agar Umno mghulurkan salam prpaduannya.. setelah pelbagai tohmahan fitnah trhadap Pas maka kemudiannya Umno mengajak Pas brbaik pula?? Umno pada kaca mata Pas hanyslah brpura2 serta x boleh dpercayai sebagai rakan mahupn sekutu.. akhirnya Umno tetap dianggap sebagai musuh yg perlu ditewaskn walau apa car sekali pn... ketepikn soal Melayu.. kerana Pas bukan parti Melayu.. Pas parti Islam.. Islam yg x dpt dfahami oleh Umno yg rasis tapi x mengaku rasis..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI